SPECIAL CHAPTER 2

54.6K 1.9K 155
                                    

PINTU kayu bilik anak daranya dikuak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU kayu bilik anak daranya dikuak. Memang sah anak daranya tak bangun lagi ni. Selimut yang membaluti seluruh tubuh Maisarah ditarik kasar.

"Astaghfirullahalazim matahari dah nak terpacak tegak kat luar tu, dia boleh sedap diulit mimpi lagi. Bangun Sarah. Anak dara apa macam ni?"

Arh datang dah suara ribut petir Puan Sri Laila. "Ma, janganlah kacau. Boleh tak bagi Sarah tidur dengan aman dan damai cuti ni. Bukan selalu tau Sarah dapat nikmati hari-hari macam ni." Selimut ditarik semula. Dia masih mengantuk.

"Entah subuh ke tak pagi tadi ni?" Puan Sri Laila bercekak pinggang.

"Sarah ABC. You know ABC? Allah bagi cuti." Sempat je mulut dia menjawab. Arh nikmatnya tidur kat kampung. Sejuk kampung lain tau dengan sejuk aircond. Lagi-lagi bila hujan, fuh memang sedap lah kalau tidur.

"Dah dah bangun! Jangan sampai tokma pula yang kejutkan Sarah. Kalau tokma yang masuk tahu lah apa yang tokma akan buat. Faham-faham sendiri lah. Dah pergi bangun mandi cepat." Sempat dia menepuk-nepuk 'bungkusan' itu.

"Arh stressnya." Maisarah bangun juga dalam keadaan memberontak. Dia hentak kaki atas tilam. Kalau tak bayangkan apa yang tokma akan buat nanti memang dia tak akan bangun lah.

Nak tahu apa yang Hajah Fatimah akan buat? Dia masuk tapi wanita tua tu tak cakap apa dah. Memang dia akan terus mandi lah atas katil ni sebab tokma akan terus jerus dia dengan satu baldi air. Gerun wei.

Rambutnya diikat gaya messy hair. Baju kelawarnya dibetulkan ala kadar. Mukanya masih bertempek masker hitam malam tadi. Dia cuma tilik sekitar matanya. Kot-kot ada tahi mata ke.

"Lah baru pukul 11. Kecoh je la mama ni. Huarghh." Mulutnya dikatup selepas menguap besar tadi. Dia masih mengantuk. Nak celik mata besar-besar pun susah ni. Dah lah semalam dia tidur lambat.

Tuala warna pink di ambil dan dililitkan di lehernya. "Nak terus mandi, tapi perut ni macam lapar la pula. Makan dulu lah." Maisarah buat keputusan. Alang-alang bilik air pun kat dapur.

Maisarah dah ke dapur. "Eh long, handsome betul pagi-pagi ni. Nak keluar ke? Nak dating eh dengan kak long? Untunglah boleh dating." Tegur Maisarah bila nampak hanya lelaki itu berseorangan je duduk di meja makan membelakanginya. Lelaki itu berpakaian kemeja putih lengan pendek.

Maisarah buka penutup kuali. Terus bau semerbak sambal sotong. "Mesti tokma buat nasi lemak ni." Kecur terus air liurnya.

"Ni long asal along duduk sini sorang-sorang? Si kembar comel tu mana? Kakak ipar Sarah mana?" Hairan juga lelaki itu duduk dapur sorang-sorang. Selalunya laki bini tu berkepit je 24 jam. Tak kan gaduh pula.

Tiada sahutan dari lelaki itu. Dah apehal pula abang aku ni? Tetiba bisu pula ke. Dari tadi tak bercakap.

Maisarah ubah fikiran. Nak mandi dululah, baru boleh makan dengan lazatnya. Dia lalu dibelakang abangnya. Terus bau minyak wangi lelaki itu dihidu. Dan dia sangat kenal bau minyak wangi tu.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now