BAB 7🌹

78.3K 2.8K 489
                                    

DATIN ZAHRAH menuangkan kopi untuk suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DATIN ZAHRAH menuangkan kopi untuk suaminya.

"Zah, Lia mana? Tak ajak dia sarapan sekali ke dengan kita?"

"Entah lah bang. Selalu waktu-waktu macam ni dia dah turun. Takpe la bang, abang makan dulu Zah pergi tengok dia kat atas jap."

Dato' Hisyam sekadar mengangguk.

"Lia oh Lia. Lia dah bangun ke belum ni?"
Melihatkan tiada sahutan dari bilik Aulia. Datin Zahrah mengetuk pintu Aulia dengan lebih kuat.

"Aihh budak ni tak bangun lagi ke dah pukul 8 ni."

Akhirnya Datin Zahrah mengambil keputusan untuk membuka sahaja pintu anaknya. Nasib baik tak berkunci

"Ya Allah Lia tak bangun lagi ke? Lia tak pergi kerja ke hari ni? Tak siap pun lagi ni." Terkejut dia melihat Aulia masih berselubung dalam selimut.

Datin Zahrah menyelak selimut yang membaluti tubuh anaknya.

"Ya Allah mandi pun belum budak ni. Lia..oh Lia, kenapa tak bangun lagi ni? Lia tak sihat ke?"

Datin Zahrah meraba dahi dan leher Aulia.
"Tak panas pun."

Datin Zahrah menepuk perlahan bahu Aulia. Gerakkan kecil dari Aulia melegakan hatinya. Ingatkan dah pengsan anaknya.

"Hmm mummy ada apa my? Lia pening kepala la mummy. Tak larat nak bangun." Aulia menjawab dengan nada suara yang lemah.

"Lia pening kepala? Dah makan ubat? Ke nak mummy bawak Lia pergi klinik? " Risau pulak Datin Zahrah melihat keadaan Aulia lemah longlai ni.

"Tak yah pergi klinik la mummy. Lia dah makan panadol dah lepas solat subuh tadi. Kejap lagi okay la kot." Aulia angkat kepala dan dibaringkan di riba Datin Zahrah dan memeluk pinggang mummynya.

"Betul ni Lia tak nak pergi klinik?" Kepala Aulia diusap lembut.

Aulia mengangguk perlahan. Nak celik mata pun tak boleh ni, pening sangat. Lagi pun dia memang tak suka pergi klinik lagi-lagj hospital.

"Kalau macam tu Lia tak payah pergi office ni. Nanti mummy cakap dengan daddy Lia tak sihat. Lia rehat dulu kejap lagi mummy bawa makanan naik atas. Lia tak makan lagi kan?"

Datin Zahrah mengusap kepala Aulia sebelum mencium dahi anaknya. "Mummy turun dulu. Nak apa-apa panggil mummy."

Aulia mengangguk dan melihat Datin Zahrah melangkah keluar.

Dia pun tak tahu kenapa dia pening pagi ni. Waktu solat subuh pun dia gagahkan diri jugak untuk bangun walaupun dia rasa hampir mahu pitam.

Sesudah menelan sebiji panadol selepas solat, dia kembali lena.

Nak kata dia demam? Badan dia tak panas pun. Entah kenapa dia tetiba migrain lepas bangun tidur tadi. Mungkin lately ni dia terlalu busy sampai tak cukup rehat, ditambah pulak dengan kejadian malam tadi kat restoran tu, tu yang sampai sakit kepala tu.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now