BAB 52🌹

65.4K 2.8K 81
                                    

               LONDON, 4 tahun lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LONDON, 4 tahun lepas

"Lia, jom ikut mummy balik Malaysia sekarang." Baju anaknya dah disumbat dalam bagasi milik Aulia.

"My, how many times i have to told you i will not back to Malaysia. Not for now mummy. I will back there if i want to. So please, stop forcing me." Bagasi tu dah ditarik balik menjauhi Datin Zahrah. Baju dalam tu dipunggah balik.

"Lia tengok keadaan Lia. Perut dah besar macam tu masih nak berdegil lagi ke? Lagi pun Lia dah tangguhkan dulu pengajian tu sampai Lia lepas bersalin kan. Jadi buat apa Lia nak duduk kat sini lagi." Dato' Hisyam pula yang masuk campur. Degil tak sudah-sudah anak tunggalnya.

"Lia nak cari ketenangan kat sini dy." Perutnya yang dah membuncit diusap penuh kasih sayang. Baru mengandung 6 bulan tapi perutnya dah besar macam 9 bulan. Penangan mengandungkan anak kembar.

"Ketenangan? Nak cari ketenangan sampai Lia lupa yang Lia masih ada mak bapak. Lia ingat kami tak risau ke biarkan satu satunya anak kami kat sini sorang-sorang dalam keadaan Lia mengandung macam ni."

"Daddy, you know im a strong woman. InsyaAllah nothings happen to us. Lagi pun Amy ada boleh jaga Lia." Amylea adalah satu-satunya housemate yang ada. Nasib baiklah dia dapat cari housemate melayu kat sini.

"Kenapa nak susahkan orang lain nak. Mummy kan ada untuk jaga Lia dengan cucu-cucu mummy ni. Kita balik sekali ye sayang." Datin Zahrah tak berhenti memujuk anaknya. Sungguh dia berat hati nak tinggalkan anaknya di sini. Sekejap lagi mereka mahu pulang ke Malaysia.

"Mummy, please.." Dia dah penat nak cakap berulang kali yang dia tak nak balik Malaysia sekarang.

"Kamu tak nak Malaysia sebab Harraz kan? Lia, Haz tu tak bersalah. Dia tak curang dengan kamu, dia kena..."

"Cukup! Mummy daddy! Lia dah tak cakap kan Lia tak nak dengar nama lelaki tu lagi. Kenapa masih nak sebut nama jantan tu lagi!" Laju Aulia memintas percakapan Dato' Hisyam.

Dia dah muak dengar nama Harraz. Hati dia akan kembali berdarah setiap kali dengar nama tu.

Pasangan itu dah mati akal. Begini lah reaksi Aulia kalau ada sesiapa nak bangkitkan pasal Harraz. Wanita itu akan mengamuk.

"Sampai bila Lia nak mengelak dari dia? Lia memang dah benci dia, tapi anak tu perlukan ayah dia. Lia ingat Lia boleh ke sembunyikan kewujudan diaorang dari Harraz selamanya?"

"Auch." Perutnya ditekan. Dia terduduk balik atas katil. Arh dia tak boleh stress. Nanti dia akan bleeding.

"Lia okay tak ni nak?" Risau Aulia akan alami pendarahan macam dulu. Dia lupa yang anaknya tak boleh terlalu tertekan. Tapi mereka dah pun bagi tekanan pada Aulia.

"Mummy daddy..please. Kalau sayangkan Lia dengan cucu ni jangan sebut lagi nama dia."

"Okay sorry-sorry kami tak akan sebut nama dia lagi." Baiklah. Dia tak akan sebut nama menantunya depan Aulia selagi Aulia belum bersalin. Soal kebenaran Harraz kena sihir tu dia diamkan dulu. Nanti-nantilah dia cuba bagi tahu Aulia lagi.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now