BAB 42🌹

47.2K 2.9K 473
                                    

GENAP sebulan Harraz keluar dari hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

GENAP sebulan Harraz keluar dari hospital. Dan alhamdulillah makin hari makin membaik ingatan suaminya. Dia dah boleh ingat sikit-sikit tapi perihal Aulia, Harraz masih banyak yang belum ingat. Tapi Aulia dah sangat bersyukur untuk itu. Harraz pun dah masuk The Legacy balik. Rutin mereka kembali seperti biasa.

Tapi entah kenapa, sejak 2 minggu ni dia rasakan Harraz makin berubah. Layanan padanya pun makin hambar tak seperti selalu. Kadang-kadang macam terpaksa pun ada. Harraz selalu balik lewat.

Kadang-kadang kalau jam tu belum berginjak pukul 1 pagi kereta Harraz tak akan parking di garaj. Bila ditanya kenapa? jawapannya sebab banyak kerja.

Dan yang dia perasan suaminya kerap sangat tinggal solat. Dan hubungan mereka makin lama makin renggang. Aulia perasan semua tu tapi dia malas nak fikir yang bukan-bukan. Mungkin ini semua mainan perasaannya sahaja.

"Haih anak mummy ni termenung apa tu sampai jauh sangat mengelamun?" Datin Zahrah duduk di sebelah anaknya.

Lamunan Aulia terganggu. "Tak ada apa lah mummy. Mummy tak tidur lagi ke?"

"Mummy baru nak masuk tidur la ni, tapi nampak Lia duduk kat pool tu yang mummy tegur tu. Kenapa sayang? Lia ada masalah ke?Ke ingatan Haz ada masalah lagi."

"Mana adalah mummy. Lia okay je. Abang Haz pun okay je. Alhamdulillah his memories getting better."

"Alhamdulillah kalau macam tu. Habis tu kenapa Lia sorang je yang balik sini? Kenapa Haz tak ikut sekali. Gaduh dengan Haz?" Tak payah gelar dia ibu lah kalau dia tak perasan semua tu. Mesti anak menantunya ada perselisihan faham.

Tak pernah lagi Aulia balik seorang diri walaupun untuk balik sekejap. Inikan pulak untuk bermalam. Lagi lah dia rasa tak sedap hati.

Aulia telan air liur. Dari dulu dia selalu susah nak menipu Datin Zahrah. Wanita itu selalu tahu apa yang dia tengah lalui.

"Betul mummy Lia okay je. Lia ada mesej Abang Haz tadi, cakap nak bermalam kat sini, mungkin dia tak sempat baca mesej Lia kot sebab dia busy sangat lah mummy. Papa kan baru je bagi projek besar kat dia." Aulia menafikan. Hakikatnya Harraz ada baca mesejnya tapi hanya dibaca. Langsung mesejnya tak dibalas.

"Are you sure sayang?" Datin Zahrah masih ragu-ragu.

"Yes mummy. I'm okay don't worry." Aulia beria yakinkan Datin Zahrah. Tolong jangan tanya lagi, sebab dia takut kalau air matanya gugur juga. Dari tadi dia berusaha tahan.

"Okay lah kalau macam tu. Mummy masuk dalam dulu. Lia jangan lama-lama sangat kat sini." Dahi anaknya dikucup.

"Okay mummy, kejap lagi Lia masuk. Lia nak ambil angin lagi kat sini." Aulia kembali tengok skrin iphonenya. Dia mendail nombor suaminya lagi, tapi masih tak dijawab. Macam selalu. Lelaki itu makin susah nak jawab callnya.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now