BAB 60🌹| ENDING

86.3K 2.7K 583
                                    

AULIA tekun mengadap skrin laptop

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA tekun mengadap skrin laptop. Dia nak semak untuk kali terakhir proposal yang dia dah bertungkus lumus siapkan selama 2 minggu ini. Kejap lagi dia nak present kat bilik meeting.

Beberapa jenis lakaran bangunan rumah banglo 3 tingkat itu disemak dengan teliti. Nak pastikan dia tak buat kesalahan pada lakaran itu. Pertama kali sebenarnya dia melukis dalam bentuk 3D ni dalam laptop.

Alhamdulillah dia dapat juga jawatan arkitek kat syarikat daddy ni. Dan projek mereka kali ini adalah perumahan baru di Damansara.

"Puan, you must be ready. Meeting will start within 10 minutes. Dato' dah pun tunggu kat sana." Sofea mengingatkan.

"Yeah i will be there now. Thanks Sofea."
Pendrive dikeluarkan dari punat laptop.  Dia dah buat salinan di situ.

Aulia bangun dari kerusi. Tubuhnya dibelek. Nak pastikan tiada cacat cela dengan penampilannya. Segala file yang diperlukan di bawa bersama. Dan tak lupa juga drawing scroll yang mengandungi kertas pelan dalam tu.

"Bismillahirrahmanirrahim. Permudahkan urusan meeting ku hari ni Ya Allah." Semoga dia tak buat sebarang kesilapan pagi ni. Aulia terus ke bilik meeting.

Akhirnya meeting dah pun berakhir. 3 jam dia kat sini.

"Haih penat sangat ke princess daddy ni?" Dato' Hisyam kemas meja.

"Penat sikit la dy. 2 minggu terkejar sana sini nak siapkan proposal tu. Balik rumah pun lambat kadang-kadang. Glad i'm do it so well." Aulia lentokkan kepala di meja. Lega semuanya berjalan lancar. Terus hilang satu beban dalam kepala otak.

"Biasalah Lia, kerja mana je tak penat kan sayang? Ni preparation majlis resepsi Lia semua okay? Ada apa-apa yang bermasalah ke?"

"Alhamdulillah semuanya okay dy." Arh lagi 3 hari je hari yang mereka berdua tunggu selama ni. Harap kali ni majlis tu tak batal macam 4 tahun lepas.

"Ni jom lunch dengan daddy." Ajak Dato' Hisyam. Dah lama mereka tak makan berdua.

Aulia sengih sumbing. Serba salah nak tolak ajakan orang tua itu.

"Hmm..tengok muka Lia macam tu daddy dah tahu jawapan Lia. Orang dah ada suami kan, mana nak makan dengan daddy lagi dah." Lelaki tua itu pura-pura berjauh hati.

"Ala Lia dah janji dengan Abang Haz nak lunch dengan dia hari ni. Esok okay Lia dating dengan daddy pula." Pipi yang makin dimamah usia itu dikucup.

"Okay bye. I got to go now." Aulia keluar dan menuju ke biliknya semula. Segala mak nenek yang dia bawa tadi diletak atas meja. Iphonenya atas meja diambil. Memang setiap kali meeting dia akan tinggal phonenya atas meja dan dibiarkan silent.

10 missed call dari Harraz? Apahal ni. Jarang Harraz nak call sebanyak ini kalau tak ada hal penting. Aulia mula risau. Terus sahaja dia buat return call semula.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now