BAB 12🌹

64K 2.3K 229
                                    

3 tahun lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 tahun lepas. Universiti of London.

Razif berjalan ke arah dua orang wanita dan seorang lelaki yang sedang berdrama.
Dua wanita tu masing-masing dengan wajah yang tegang. Hanya lelaki tu berlagak tenang dan cuba mengawal emosi wanita yang berada di sisinya. Dia langsung tak kenal satu muka pun di situ tapi dia tertarik nak pergi ke sana.

Tapi bila fikir balik. Dia siapa nak masuk campur urusan mereka. Akhirnya dia ambil keputusan untuk berdiri di satu sudut rak buku berhampiran dengan mereka. Entah kenapa dia rasa berminat nak ambil tahu apa yang jadi. Selalunya hal-hal macam ni dia malas nak ambil kesah.

"Dah jelas bukti-bukti ni semua yang kau ada skandal dengan boyfriend aku! Lagi kau nak nafikan ke?" Jerkah seorang gadis yang memakai shawl dikepalanya. Dia langsung tak hirau dah kat sekeliling.

"Eh dah la you. Kita kat library ni kan. Tak malu ke semua orang tengok. Ke you nak kena halau?" Lelaki itu sedang menenangkan amarah kekasihnya.

"Sorry miss, tapi i tak kenal pun boyfriend you ni siapa. So tak akan lah i boleh berskandal dengan dia?" Akhirnya gadis yang dituduh itu bersuara.

"Kau masih tak nak mengaku lagi? Habis macam mana gambar-gambar kau boleh ada dalam phone boyfriend aku?" Skrin telefon ditayang tepat pada muka gadis itu.

"Bodoh betul perempuan tu. Dah sah-sah semua gambar perempuan tu diambil secara candid. So tak boleh fikir lagi ke yang boyfriend kau tu yang terminat kat perempuan lain." Getus Razif perlahan.

Gadis itu gelak sinis. "Tu semua gambar aku sorang-sorang dan jelas nampak gambar tu diambil secara curi-curi. Dan tak ada satu pun gambar kami berdua. So macam mana kau boleh ingat yang dia curang dengan aku hanya melalui gambar tu je?"

Gadis itu terdiam seketika. Baru sedar dari kebodohan lah tu.

"So patutnya aku yang kena tanya boyfriend kesayangan kau ni apehal dia tangkap gambar aku?"

"Eh kau ingat kau lawa sangat ke sampai dia nak ambil gambar kau?"

"Eh kau tanya lah boyfriend kau, aku ni lawa ke tak? Tapi aku rasa kau tahu jawapan dia kan? Tidak tak adalah boyfriend kau ni obsessed nak tangkap gambar aku. Jantan ni yang tetiba syok kat aku so salah aku ke?"

"Dan kau jantan psiko, kau tak sekolah ke dulu? Tak belajar yang tak boleh nak sesuka hati ambil gambar orang tanpa izin. Aku boleh dakwa kau tau tak!"

Gadis itu merampas telefon lelaki itu dan terus semua gambarnya dipadam tanpa tinggal satu pun. "Kau curi tangkap gambar aku lagi kau siap! Sampai ke lubang cacing aku cari kau. Ni last warning aku. Sekali lagi aku dapat tau kau tangkap gambar aku, kau tau lah nasib kau nanti useless man."

Lelaki itu hanya menunduk bila kerja haramnya terkantoi. Hah tau pun malu bila semua pengunjung library dah berbisik sesama sendiri.

"Macam mana eh kau boleh sambung study kat sini kalau benda-benda remeh macam ni pun kau tak boleh fikir? Habis kalau aku simpan gambar Park Seo Joon, kau nak terus assume aku bercinta dengan dia lah? Tapi kalau kau tuduh aku bercinta dengan Park Seo Joon tu memang aku iyakan je."

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now