BAB 1🌹

153K 4.2K 1K
                                    

AULIA berdebar-debar menantikan keputusan interviewnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA berdebar-debar menantikan keputusan interviewnya. Masuk company yang ni, dia tak ingat yang keberapa dah pergi interview. Tapi satu pun tak dapat. Aulia berharap ada rezeki untuknya kali ini.

Tapi harapannya musnah. Dia masih tak diterima.

"Berdasarkan penilaian saya, maaf saya tak dapat menerima awak berkerja di sini. Maaf sekali lagi. Saya lebih mencari orang yang berpengalaman. Mungkin rezeki awak ditempat lain."

Macam tu je bagi alasan? Tadi bukan main tanya itu ini. Alih alih nakkan orang yang berpengalaman. Cliche sangat bagi jawapan bila nak tolak permohonan kerja.

Aulia tahan sabar. "Encik, kalau nak orang yang berpengalaman, dari awal tak payah panggil saya datang interview ni! Waste my time." Fail resume dirampas kasar. Nanti cakap bodoh kang marah. Bukan main besar dia tulis FRESH GRADUATE celah mananya nak ada pengalaman. Pastu nak panggil lagi datang interview ni buat apa.

Kalau semua syarikat macam ni, memang semua graduan universiti tak akan dapat peluang pekerjaan. Celah mananya nak ada pengalaman kalau tak diberi peluang kerja. Ye kan?

Dia bangun tapi tangannya cepat disambar Tuan Pengarah Urusan AH HOLDINGS itu. "Nanti dulu. Okay macam ni, saya bagi awak satu tawaran lain."

Aulia ketap bibir. Ada jugak yang makan pasu kejap lagi ni kang. Suka-suka hati je nak pegang tangan anak dara orang.

"Get your hands off me Encik Razak!" Dia tak sudi dipegang dengan mana-mana lelaki. Apatah lagi lelaki tua macam Encik Razak ni. Eeww.

"Okay sorry-sorry saya tak sengaja. Awak duduk dulu boleh. Kita bincang balik tawaran yang saya cakap tadi tu." Encik Razak senyum dengan riak tak bersalah. Bila gadis itu marah, nampak lagi cantik pulak.

Aulia sabarkan hati. "Tawaran apa?" Soal Aulia sepatah.

"Saya tahu awak perlukan sangat kerja ni. So if saya offer awak kerja lain boleh? Jadi another "personal assistant' saya, awak nak? Kerja awak senang je hanya layan saya je bila saya nak. Tapi gaji awak lebih tinggi dari arkitek dalam office ni. Kalau nak jadi isteri ke 4 saya pun, saya lagi suka." Encik Razak tersandar sambil dagunya diusap dengan riak wajah gatal. Aulia dipandang atas bawah.

Ini dah melampau orang tua ni. Dah ada 3 isteri pun masih nak menggatal lagi. Tak faham betul dengan spesis macam ni. Elok pupus je kat dunia ni.

Dan dia ingat aku ni apa sampai nak buat offer macam tu. Ingat aku mudah dibeli ke apa. Ingat maruah dia semurah itu ke? Desperate apa pun dia nak perkerjaan dia tak akan buat kerja haram macam tu.

Tapi tak apa kita layankan aja permainan orang tua tu. Aulia senyum sinis. Dia bangun dan mendekat dengan lelaki tua tak sedar diri tu.

"Hmm nice offer. Boleh saya start kerja sekarang?" Aulia buat suara manja. Rasa nak bagi tumbuk sebiji bila Encik Razak tersengih-sengih menampakkan gigi tak cukup batang tu.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now