BAB 22🌹

72.8K 2.5K 159
                                    

"Good morning daddy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Good morning daddy..mummy." Sapa Harraz sambil mendekati meja makan.

"Morning Haz." Jawab pasangan itu serentak.

"Lia mana tak turun lagi?" Tanya Datin Zahrah sambil menuang air teh dan dihulurkan cawan pada menantunya.

"Kejap lagi turun la tu mummy."

"Apalah yang dia buat kat atas tu lama-lama." Bebel Datin Zahrah. Tak akan penat sangat kot buat aktiviti proses baby malam tadi. Datin Zahrah senyum kerang. Tak lama lagi dapat cuculah dia.

Harraz hanya senyum.

"Macam mana Haz, selesa tidur dekat sini?"

Gila tak selesa duduk dalam rumah banglo
besar macam ni. Kufur nikmat namanya.

"Selesa je daddy." Seumur hidupnya, malam tadilah tidurnya yang paling nyenyak sekali. Lagi-lagi bila dapat pelukan hangat isteri. Harraz sengih bila ingat moment malam tadi.

"Hah dah sengih sorang-sorang pulak. Angaukan anak daddy tu ke sampai daddy tanya pun Haz tak dengar dah?" Usik Dato' Hisyam.

Harraz malu sendiri. Lupa dia masih jadi tumpuan mentuanya. "Sorry, daddy tanya apa tadi?"

"Ni adik perempuan kamu masih berlajar lagi dekat Australia? Selalu juga papa Haz cerita pasal anak bongsu dia kat daddy. Semalam majlis korang dia tak dapat datang kan?"

"Haah daddy masih belajar lagi. Ni pun dia tengah final exam. Tu yang tak dapat balik Malaysia tu." Terbayang masa dia video call Maisarah sebab nak bagitahu yang abangnya nak kahwin. Apa lagi melalak lah adiknya. Dah lah tak dapat balik Malaysia. Haih rindu pula kat satu-satunya adik yang dia ada.

"Takpe masa reception korang nanti dia boleh datang kan."

"InsyaAllah. Dia memang nak datang majlis reception tu nanti."

"Jemputlah makan Haz." Datin Zahrah meletakkan pinggan yang berisi Omelet. Saja dia buat breakfast western pagi ni.

"Terima kasih my. Ni daddy mummy, Haz nak minta izin nak bawa Lia balik kampung minggu depan. Boleh? Sebab tokma baru balik umrah minggu depan. Tu yang ingat nak kenalkan isteri Haz dekat tokma."

"Lah kenapa nak kena minta izin kami pula? Aulia kan dah jadi isteri kamu Haz. Kamu yang lebih berhak ke atas dia bukan kami lagi ni dah. Bawalah dia kemana pun Haz nak bawa. Tak payah minta izin kami."

"Yang penting jaga anak kami baik-baik. Tu je yang mummy nak." Sambung Datin Zahrah lagi.

Harraz angguk faham. "Haz janji Haz akan jaga Lia lebih dari Haz jaga diri Haz." Itu janjinya.

"Haz sayangkan dia? Haz ikhlas memperisterikan anak mummy?" Dia nak tahu perasaan menantunya. Adakah Harraz kahwin dengan Aulia atas dasar paksaan semata-mata?

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now