BAB 11🌹

65.6K 2.2K 549
                                    

HARRAZ melangkah keluar dari perut kereta sambil membawa sejambak bunga daisy pink

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARRAZ melangkah keluar dari perut kereta sambil membawa sejambak bunga daisy pink. Bunga kesukaan Natasya.

Dah lama dia abaikan Natasya. So hari ni dia cuba untuk luangkan masa dengan gadis itu. Dia cuba untuk belajar setia walaupun sebenarnya dia sedar yang dia dah tak rasa cinta pada gadis itu lagi.

Namun dia terkedu melihat sepasang kasut lelaki di tepi pintu rumah gadis itu. Kasut siapa? Setahu dia Natasya anak tunggal jadi tak mungkin kalau ini kasut milik abang tau adik lelaki Natasya yang bertandang di rumahnya.

Harraz cuba menenangkan diri. Dia tak mahu serkap jarang. Loceng rumah ditekan. Berapa kali dia menekan. Masih tiada tanda yang pintu akan dibuka.

Harraz menekan lagi loceng rumah itu.
Tak tahu kenapa tiba-tiba hatinya berdebar. Dia rasa tak sedap hati.

Akhirnya setelah 20 minit menunggu muncul wajah Natasya di hadapan pintu.

"Hai sayang. Suprise!" Harraz ketawa girang.

Natasya terkaku di situ. Dia tak sangka Harraz muncul di hadapan rumahnya saat ini. Selalunya Harraz akan call dulu kalau nak singgah.

"Kenapa you senyap je ni. Tak happy i datang rumah you ke?"

Pelik. Natasya hanya mendiamkan diri. Mukanya pucat seolah-olah baru lepas berjumpa dengan malaikat maut.

"Tak..tak. I happy you datang sini tapi kenapa tak inform i awal-awal. I mandi pun belum lagi tau." Natasya buat-buat manja. Dia berusaha nak hilangkan rasa gelabahnya. Dia risau Harraz akan syak sesuatu nanti.

"It's okay sayang you cantik je walaupun tak mandi. Oh yeah this is for you. Your favourite flower."

Natasya mengukir senyuman kelat. Huluran bunga itu disambutnya. "Thanks sayang. Ada apa you datang sini?"

"Saja datang sebab i rindu you. Lagipun lately ni i busy kan sampai tak ada masa untuk you. So saja nak suprisekan you."

"Eerr you tunggu kat luar kejap eh i nak siap dulu." Natasya cepat-cepat mahu menutup pintu namun dihalang oleh Harraz.

"You tak nak jemput i masuk ke?"

"I bukan tak nak jemput you sayang tapi tak manis kan kalau kita berdua je dalam rumah ni."

Pelik dengan tingkah Natasya ketika ini. Serba tak kena. Macam ada sesuatu yang dirisaukannya. Harraz semakin curiga.

"Ehh sebelum ni okay je i masuk rumah you. Kita bukan nak buat apa-apa pun kan. So tak ada masalah kan i nak masuk."

"No sayang you tunggu luar eh i promise kejap je i siap."

Melihatkan Natasya yang semakin panik makin menambahkan kecurigaan dalam diri Harraz.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now