BAB 15🌹

71.4K 2.3K 167
                                    

PINGGAN terakhir diletakkan di rak pinggan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINGGAN terakhir diletakkan di rak pinggan. Datin Zahrah lap tangannya yang basah menggunakan kain yang bersih. Sebaik sahaja selesai kerja membasuh pinggan. Dia bergerak ke depan pula.

"Ya Allah bertuah punya anak baru sekarang Lia nak bangun!" Jerit Datin Zahrah. Aulia masih dengan baju tidurnya. Memang sah anaknya tak mandi lagi.

Aulia hanya menyengih. Datin Zahrah yang sedang membasuh pinggan dihampirinya.

"Hehehehe. Lia tidur lambat semalam, tu yang lepas solat subuh tadi Lia terus sambung tidur." Tangan Datin Zahrah dipeluknya. Kepalanya disandarkan manja di bahu wanita itu.

"Ishh apa ni anak dara bangun lambat. Kalau Lia dah kahwin buat malu je dekat suami. Dah tengah hari baru nak bangun." Bebel Datin Zahrah.

Tegak terus badan Aulia bila dengar perkataan suami.

"Ishh apa suami suami ni mummy. Sekarang baru pukul 10 la, belum tengah hari lagi. Ishh mummy ni. Lagi pun bukan selalu Lia bangun lambat."

"Hah menjawab cakap mummy." Datin Zahrah dah bercekak pinggang.

"Hehehe sorry mummy." Aulia memuncungkan bibirnya.

"Eh mummy masak apa untuk breakfast tadi Lia lapar la." Aulia usap perutnya.

"Tu hah Lia pergi la tengok sendiri apa yang ada dekat atas meja tu. Kejap lagi mummy buat milo panas dekat Lia, your favourite kan?"

Aulia tersengih. Tau-tau je mummy yang tekak dia nak milo panas saat ni.

"Thank you mummy. Milo panas kaw-kaw tau mummy." Aulia mencium pipi Datin Zahrah sebelum melangkah ke arah meja.

"Ishh tak mandi lagi dah cium mummy. Muka pun ada air liur basi tu." Usik Datin Zahrah.

"Eh hello Lia dah cuci muka dengan gosok gigi tau cuma mandi je belum." Jerit Aulia.

Datin Zahrah hanya menggeleng dengan tingkah Aulia. Aulia ni la satu-satunya anaknya. Buah hati pengarang jantung dia dan suaminya. Nyawa mereka.

Mereka menanti 5 tahun untuk dapat Aulia. Allah kurniakan mereka harta yang tak pernah putus. Rezeki mencurah-curah. Tapi untuk rezeki anak? Allah tak mengizinkan. Tapi walau ada anak sorang pun, dia dah cukup bersyukur. At least mereka berkesempatan untuk jadi seorang ibu bapa.

Datin Zahrah tersenyum. Dia terus membuat milo panas untuk anak kesayangannya.

"Nah milo panas Lia." Datin Zahrah meletakkan mug di meja sebelum melabuhkan punggungnya di situ.

"Thank you mummy." Milo panas ditiup perlahan sebelum dihirup perlahan. Fuh memang the best la milo buatan mummy.

"Daddy mana mummy? Tak nampak pun."

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now