𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟯

31.8K 1.5K 225
                                    

"Jom daddy mandikan Ayra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jom daddy mandikan Ayra." Harraz mengangkat Ayra tinggi sehingga melepasi kepalanya dan terus rambutnya digeselkan di perut Ayra yang hanya memakai diapers dan tak berbaju.

Hayfa Ayra mengekek ketawa dengan kelakuan daddynya. Rambut dark blonde lelaki itu ditarik kuat dengan kedua belah tangannya sebagai tanda responded.

"Ishh princess ni sama je macam mummy. Suka tarik rambut daddy." Ngomel Harraz sambil dia menurunkan semula Ayra dan pipi comel itu digomol sepuas hati.

Dan kakinya terus menghampiri bilik air. Mahu pergi ke tujuan pertama iaitu mandikan princess ni. Perlahan-lahan Ayra di letakkan di baby bath tub tinggi itu.

Saja dia beli jenis yang tinggi bagi memudahkan kerja dia dan isterinya. Kalau baby bath tup yang tak ada kaki panjang tu kan kena duduk untuk mandikan Ayra. Boleh lenguh kalau lama-lama mencangkung.

"Anak daddy dah besar. Tengok gigi comel dia tu." Harraz buat mimik muka comel untuk tarik perhatian Ayra. Tangan kecil Ayra yang putih kemerahan itu digerak-gerakkan. Terus jari telunjuknya digenggam erat oleh Ayra.

Paip shower terus dihalakan ke tubuh Ayra yang berbuih sabun mandi baby. Diratakan air itu keseluruhan tubuh Ayra.

"Alright we're done princess daddy." Harraz mengambil tuala kecil berwarna pink di penyangkut tuala. Rambut basah Ayra dikeringkan terlebih dahulu.

"Bhah!" Sakat Harraz lagi sambil tuala itu ditekapkan dimukanya dan diselak untuk mengacah Ayra.

Setiap kali dia buat macam tu, setiap kali tu juga lah Ayra tertawa nyaring. Tubuh basah Ayra dilap pula sehingga kering dan tuala itu dililitkan di tubuh itu.

"Princess daddy kalau gelak nampak lagi cantiklah macam mummy. Tapi jangan kalahkan kecantikkan mummy tau sebab nanti mummy jealous kalau daddy puji perempuan lain. Dengan Ayra pun mummy jealous. Apa lah mummy tu kan cutie pie daddy ni"

"Jom kita pakai baju cantik pula." Ayra digendong dan pipi merah itu dikucup lalu selepas itu Harraz bergerak keluar dari bilik air.

Serentak Aulia turut memasuki kamar beradu itu dengan menjunjung hanger yang tersangkut baju kemeja putih Harraz dan seluar slack berwarna blue black yang akan dipadankan dengan blazer coat nanti.

Dia baru iron je semua tu. Dan semua itu disangkut dulu di closet.

"Anak mummy dah wangi lah." Aulia mendekati katil. Harraz sedang memakaikan baju dress kembang tak berlengan pada tubuh anak perempuannya.

Aulia duduk di birai katil bersebelahan dua beranak itu. Dahi Ayra dikucup dan Aulia angkatkan kepalanya semula dan mengucup pula pipi Harraz.

"Daddy Ayra dah mandi ke belum ni?" Saja Aulia buat-buat tanya walhal dia nampak rambut Harraz yang masih basah itu.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now