BAB 3🌹

89.2K 3.2K 745
                                    

SEPERTI yang dijanjikan, Harraz menemani Puan Sri Laila membeli belah di Pavilion

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPERTI yang dijanjikan, Harraz menemani Puan Sri Laila membeli belah di Pavilion. Shopping sakan kali ni mama.

"Mama rasa mama nak tengok handbag la kat kedai Gucci tu. Mama pun dah lama tak beli handbag baru." Puan Sri Laila menarik tangan Harraz mengikutinya.

"Memang la mama dah lama tak beli handbag baru sebab handbag mama banyak yang tak pernah pakai lagi. Beli banyak-banyak buat hiasan je mama ni."

"Shhh jangan banyak soal. Haz janji apa semalam dengan mama? Nak teman mama sepanjang hari ini kan. So ikut je mama pergi mana!"

Ikut je la Harraz lagi pun bukan selalu kau spend time dengan mama. Kalau bukan hari ni bila lagi. Kau tu asyik sibuk je memanjang.

Belum pun kaki mereka sampai di kedai Gucci, Puan Sri Laila terpandang akan seseorang. Dia melangkah ke sana. Gerak hati ingin menegur tapi takut salah orang.

"Tegur je la alang-alang." Puan Sri Laila menepuk bahu seorang wanita yang lebih kurang sebayanya.

"Zahrah kan?" Sapa Puan Sri Laila.

Datin Zahrah toleh ke belakang mahu melihat gerangan yang menyapanya.

"Ya saya Zahrah." Datin Zahrah memandang lama wajah wanita yang menegurnya cuba untuk mengecam.

"Ya Allah kau ke Laila maaf la sebab aku tak berapa nak cam kau mula-mula." Apa la kau ni Zahrah kawan sendiri pun tak ingat. Dia bukannya apa, sejak usianya makin meningkat penglihatannya juga semakin kabur.

"Tak ada apa la Zah aku pun takut kalau aku salah orang tadi." Puan Sri Laila terus memeluk Datin Zahrah.

"Lama juga kan kita tak jumpa. Kau apa khabar? Sihat?"

"Sihat macam ni je la Laila. Maklumlah dah makin usia ni."

"Kau tu makin tua makin cantik je aku tengok. Eh kau datang dengan siapa Zah? Dengan Hisyam?"

"Aku datang dengan anak aku tu hah. Hisyam tu busy je memanjang. Mana la dia nak ada masa nak temankan aku sangat shopping ni." Datin Zahrah berkata sambil menunjukkan keberadaan Aulia yang sedang ralit memerhatikan jam tangan.

Datin Zahrah melambaikan tangan ke arah Aulia dan menyuruh untuk Aulia datang kepadanya.

"Laila ni aku nak kenalkan anak aku. Aulia Safinna. Lia kenalkan ni kawan mummy, Puan Sri Laila."

Aulia segera menyalami wanita yang bernama Laila itu. "Apa khabar Puan Sri?"

"Eh tak payah la berpuan sri bagai. Panggil auntie je. Alhamdulillah auntie sihat." Puan Sri Laila tersenyum melihat tingkah Aulia yang kelihatan sopan pada pandangannya.

"Cantik anak kau Zah. Muka tak nampak macam melayu kalau sekali pandang."

"Hmm dah ikut muka daddy dia mana nak nampak melayu sangat." Bangga juga dia bila rata-rata kawan dia akan puji anak dia cantik apabila terpandangkan Aulia.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now