BAB 16🌹

59.8K 2.2K 307
                                    

HARRAZ laju ke bilik yang hingar-bingar dengan suara jeritan seorang wanita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARRAZ laju ke bilik yang hingar-bingar dengan suara jeritan seorang wanita. Dan dia sangat kenal dengan suara itu.

"Razif kau buka pintu ni sekarang!" Harraz menumbuk pintu itu berulang kali.

Dan tak tunggu lama, dia terus menghentak pintu itu berulang kali menggunakan badannya. Setelah beberapa kali cubaan akhirnya pintu berjaya dibuka.

"Binatang kau Razif! Kau nak buat apa dengan Aulia hah!" Harraz terus tarik tubuh Razif yang sedang menindih Aulia dan menghadiahkan penumbuk di muka.

Razif tersungkur ke bawah lantai.

Aulia terus bangun dan menutup tubuhnya dengan duvet. Dia masih menangis teresak-esak.

Harraz terus menerkam Razif dan belasah lelaki itu tanpa belas kasihan.

"Berani kau rogol Aulia hah bangsat! Kau memang nak mampus dengan aku kan Razif. Aku memang tak boleh sabar dah dengan kau." Jantung Harraz berdegup kencang. Urat di lehernya jelas kelihatan.

"Kau dengar sini Razif lagi sekali kau cuba buat benda tak senonoh dengan Lia memang tak hidup dah kau lepas ni. Jangan sampai aku lupa yang kau ni sepupu aku!" Harraz beri amaran tegas. Dia betul-betul maksudkan dengan kata-katanya tadi.

Razif memegang bibirnya yang berdarah. "Yang kau nak protect sangat perempuan tu kenapa? Sanggup kau pukul aku sebab perempuan ni!" Razif menahan kesakitan. Dia tak mampu nak melawan.

"Because she's my future wife! Sampai mati aku akan protect dia! Dan aku tak akan biarkan sesiapa pun sakitkan dia."

Razif ketawa sinis. "Future wife? Tapi aku yang dapat rasa dia dulu. Kesian kau kan dapat bakal isteri yang dah kena tebuk tupai."

Harraz makin hilang kewarasannya. "Kau memang binatang!" Harraz belasah Razif separuh mati.

Aulia bangun menarik Harraz menjauhi Razif. Kalau dibiarkan, tak mustahil Razif akan mati ditangan sepupunya sendiri.

"Harraz stop it! Saya tak nak awak jadi pembunuh." Aulia peluk Harraz dari belakang. Tapi laju Harraz menepis pelukan Aulia. Dia sambung tendang perut Razif.

Dan Aulia sangat gerun tengok emosi Harraz sekarang ni. Sangat menakutkan. Hilang terus wajah kacak lelaki itu.

Razif terkulai lemah seperti tak bernyawa. Wajahnya berlumuran darah.

"Harraz stop it! Enough!" Jerit Aulia lagi bila Harraz mahu menerkam lagi sepupunya.

Harraz berhenti memukul. Dia beristighfar. Rambutnya diramas kasar. Dia terduduk di lantai.

"Aku tak sangka kau boleh bertindak bodoh sampai macam ni sekali Zif. Kau nak hancurkan hidup kau hanya disebabkan cinta bodoh kau tu! Aku tak nak kau kacau hidup Lia lagi. Dan aku akan pastikan Aulia dakwa kau dan kau akan dapat hukuman kau."

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now