𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝘾𝙃𝘼𝙋𝙏𝙀𝙍 𝙍𝘼𝙔𝘼 𝟮

34K 1.4K 133
                                    

HAIDAR ARYAN keluar dari kamarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAIDAR ARYAN keluar dari kamarnya. Dia mahu menuju ke master bedroom bilik mummy and daddy.

"Mummy. Daddy." Haidar Aryan mengetuk sekali pintu berwarna cream itu.

"Mummy, please open the door." Seru Haidar Aryan lagi. Kali ni dia ketuk banyak kali pintu itu.

Aulia terjaga dari lena. Siapa pula ketuk pintu pagi-pagi buta ni. Tapi dengar macam suara si kembar tu.

Dengan lemah lembut dia angkat kepalanya dari lengan Harraz. Diusap terlebih dahulu rambut hitam Ayra yang sedang terlena di dada suaminya. Sikit pun anak beranak itu tak terusik lena mereka dengan ketukan itu.

Aulia meninggalkan katil dan menuju ke pintu. Tak nak buka suis lampu sebab tak nak ganggu lena Ayra dan Harraz.

"Awalnya Ian bangun. Kenapa datang bilik mummy awal-awal macam ni? Ian terjaga ye?"Aulia menguap besar lalu getah rambut ditangan di ambil. Nak ikat rambut panjangnya.

"Mummy, i had a nightmare just now." Sebab mimpi tu lah dia terjaga dan tak boleh tidur balik.

"Nightmare? Ian mimpi apa tadi sampai muka basah macam ni? Are you crying?"

Aulia mencengkung lalu Haidar Aryan ditarik lebih dekat. Pipi comel Haidar Aryan dikesat. Anaknya mengalirkan air mata lagi. Mimpi apa lah sampai si kecil ini boleh menangis macam ni sekali.

"Ian mimpi..."

"Sayang. Sayang dah siapkan makanan untuk sahur ke?" Soal Harraz dengan suara yang serak basah. Seraya itu lelaki itu terus bangun dan meletakkan Ayra di baby cot.

Bahaya letakkan Ayra atas katil tanpa pengawasan orang besar. Ayra tu dah lah tidur lasak. Suka bergolek sana sini. Tau-tau nanti dah hujung katil si kecil itu.

Aulia menoleh sekilas pada Harraz. Sahur? Ya Allah macam mana dia boleh lupa hari ni dah mula berpuasa.

"Ya Allah abang, Lia lupa. Sekarang dah pukul berapa?" Aulia langkas bangun dan tengok jam di dinding. Dah pukul 5.30 woi.

"Abang turun cepat tau. Nanti tak sempat sahur. Lia nak siapkan makanan."

Haidar Aryan hanya tercengang. Dia diabaikan sekarang ni. Baru je dia nak bercerita tadi.

Sepantas kilat Aulia turun tangga. Guna lift lambat. Rasanya dia tengah melompat menuruni satu persatu anak tangga.

Aulia macam lipas kudung kat dapur. Dah lah dia tak masak malam tadi sebab diaorang makan luar. Kalau tidak dia boleh panaskan je sisa baki lauk tu.

Akhirnya dia sempat masak nasi goreng bodoh-bodoh je sekarang ni.

Harraz menapak ke dapur sambil menggendong Haidar Aryan. "Sayang, air dah buat ke?"

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now