SPECIAL CHAPTER 1

60K 2.2K 88
                                    

SUASANA perkuburan itu sangat sepi dan sayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA perkuburan itu sangat sepi dan sayu. Hujan renyai terus membasahi tanah perkuburan ini. Aulia dan Harraz masih meneruskan bacaan yasin.

Nasib baik mereka dah bawa payung siap-siap. Haidar Aryan dan Haidar Aisy hanya diamkan diri. Sesekali mereka pandang kedua ibu bapa mereka silih berganti. Mereka masih tak tahu dengan tempat yang sangat asing bagi mereka ini.

"Innamā amruhū iżā arāda syai'an ay yaqụla lahụ kun fa yakụn. Fa sub-ḥānallażī biyadihī malakụtu kulli syai'iw wa ilaihi turja'ụn." Harraz menghambiskan bacaan terakhir surah yasin dan diikuti oleh isterinya.

Batu nisan yang tertera nama Natasya diusap sayu. Sungguh dia tak sangka pengakhiran hidup wanita itu akan jadi tragis macam ni. Cara kematian wanita itu sangat kejam. Walaupun dia pernah sangat bencikan Natasya, dia sekali pun tak pernah doakan perkara buruk untuk Natasya.

Tapi mungkin ini adalah takdir yang Allah dah tetapkan untuk Natasya. Dan pengakhiran hidup dia macam mana pula? Semoga malaikat izrail cabut nyawanya dalam keadaan husnul khotimah. Amin.

"Ya Allah Kau ampunilah segala dosa-dosa Natasya. Curahkan rahmat ke atas rohnya dan tempatkan lah dia dikalangan orang yang beriman."

"Dan Kau panjangkan lah umurku agar aku dapat besarkan anak-anakku dan aku dapat bersama dengan suami dan keluargaku lebih lama lagi Ya Allah." Aulia tak berhenti berdoa dalam hati.

Sungguh dia belum bersedia untuk hadapi kematian. Amalan dia masih belum cukup. Tapi mati itu pasti. Suatu hari nanti dia akan menghuni kubur ini juga. Cepat atau lambat je.

"Sayang.." Harraz mematikan lamunan isterinya. Dia sedang pegang sebuah jag yang berisi air yang dah pun tinggal separuh.

Harraz yang sangat kacak berbaju melayu biru itu dipandang. Huluran jag itu disambut. Terkial-kial dia mahu bangun dengan perut yang dah menampakkan bentuknya.

"Hati-hati sayang." Harraz membantu isterinya bangun. Alhamdulillah hujan dah berhenti. Payung ditutup semula.

Aulia terus menyiram kubur Natasya. Sisa baki air itu ditinggalkan untuk si kembar. "Come sayang-sayang mummy. Boys siram kubur ni macam mummy dengan daddy buat tadi tau."

Si kembar itu hanya anggukkan kepala tanda akur. Harraz membantu. Dia turut pegang jag itu dan dia yang mengemudikan pergerakan menyiram itu. Haidar Aryan dan Haidar Aisy hanya ikut rentak pergerakan tangan daddy mereka.

"Done mummy." Beritahu si kembar itu serentak.

"Good boy." Kepala si kembar itu digosok.

"Ini tempat apa mummy?" Soal Haidar Aryan kebingungan. Matanya masih melilau pandang perkitaran perkuburan itu. Pertama kali dia jejakkan kaki di sini.

"Ini adalah kubur son. Some place yang akan jadi tempat tinggal kita yang sebenarnya. Kita semua akan duduk dalam tanah ni suatu hari nanti. Cuma kita je tak tahu bila." Belum sempat Aulia nak jawab, Harraz dah terlebih dulu menerangkan.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now