BAB 6🌹

75.9K 2.7K 487
                                    

SETELAH diberitahu dimana dia akan meeting, Aulia segera melangkah laju

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

SETELAH diberitahu dimana dia akan meeting, Aulia segera melangkah laju. Dia tak nak lambat.

"Lagi dua minit sebelum pukul 3. Harap la diaorang tak tunggu lama."

Kelihatan beberapa orang penting sudah bersedia di meja mesyuarat.

Aulia duduk bersebelahan dengan Dato' Hisyam.

"Maaf sebab saya terlambat sikit. Ada hal yang tak dapat dielakkan tadi. Boleh kita mulakan sekarang?" Aulia memohon maaf.

"It's okay Miss Aulia. Actually kita tengah tunggu CEO yang akan berkerjasama dengan Cik Aulia untuk projek ni. He should suppose to be here right now."

Tan Sri Kamil resah menunggu kedatangan anaknya Harraz. Selalu tak pernah lambat.

Arh lega bukan dia sorang je yang lambat.

Dato' Hisyam merapatkan badannya dengan Aulia dan berbisik.

"Why are you late?"

"Long story daddy, nanti Lia cerita." Bisik Aulia juga.

Dato' Hisyam mengangguk. Pelik juga dia bila sampai je di The Legacy, bayangan anaknya tidak kelihatan. Sepatutnya Aulia yang akan sampai terlebih dahulu memandangkan Aulia bertolak lebih awal darinya.

Aulia hanya membuka fail yang dibawanya untuk bersiap sedia dengan meeting itu.

"Huh ingat aku je yang lambat datang meeting ni rupanya ada yang lagi lambat. CEO pulak tu yang lambat. Macam mana la dia boleh jadi CEO kalau meeting penting macam ni pun boleh lambat. Tak punctual langsung !" Bebel Aulia dalam hati.

Sedang Aulia cuba untuk beramah mesra dengan orang disekelilingnya matanya terpaku melihat seorang lelaki yang melangkah masuk. Penuh dengan aura seorang CEO.

"Sorry for making you all waiting for me. We may start our meeting now." Tutur Harraz dengan sangat berkarisma. Terserlah gayanya sebagai seorang CEO.

Harraz memandang Aulia sinis.

Aulia tak berkelip. Dia CEO syarikat ni? Oh my God!

                             ****************

Mesyuarat telah pun berakhir 5 minit yang lalu. Yang tinggal hanya lah dia dan daddy bersama-sama dengan Harraz dan Tan Sri Kamil.

"Alhamdulillah Syam projek ni dah 50 peratus siap. Harap semuanya berjalan dengan baik la sampai 100 percent."

Dato' Hisyam hanya mengangguk dengan kata-kata Tan Sri Kamil.

"Kita serah je semuanya dekat anak-anak kita Mil. Kita pantau dari jauh je. Harraz pun dah biasakan handle projek besar macam ni ?" Dato' Hisyam menepuk perlahan bahu anak sahabatnya.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now