BAB 33🌹

64.2K 2.8K 242
                                    

AULIA dah selesai mandi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AULIA dah selesai mandi. Sekarang ni dia tengah keringkan rambutnya di hadapan cermin meja solek. Tapi bila dia kerling ke tubuhnya dia rasa nak tekup wajahnya sebab malu.

Dia sekarang tengah pakai lingerie pemberian Damia dulu. Tak sangka akhirnya baju ni tersarung di badannya. Macam dia agak sebelum ni, memang lingerie ni betul-betul menutupi punggungnya sahaja, lepastu jarang nak mampus. Bukaan dada pula besar. Rasanya lingerie ni just alas untuk tutup badan bahagian atas je kot. Itu pun macam tak tutup je.

Gila seksikan? Ish macam mana la nak berdepan dengan suaminya. Sekarang ni pun dia dah segan gila. Yela mana pernah dia pakai baju macam ni depan Harraz.

"Calm down Lia, kau nak goda Harraz kan malam ni. So relax. Starting from now, kau kena biasakan pakai baju macam ni depan dia." Aulia menenangkan diri.

Harraz dah masuk bilik tapi Aulia buat selamba. Dia tahan senyum bila suaminya membatu di depan pintu. Pandangan suaminya memandang tepat ke arahnya. Terkejut la tu tengok dia pakai macam ni.

Aulia menoleh dengan pandangan menggoda.
"Kenapa abang berdiri je kat situ?" Suaranya dilunakkan.

Harraz tersedar dari lamunannya. Ya Allah azab apa yang dia tengah lalui ni. Seksinya Aulia. Terketar-ketar lututnya nak berdiri.

Aulia ni saja nak kenakan dia ke apa. Pakai seksi macam tu sebab nak seksa batin Harraz.

Harraz masih terjegat depan pintu. "Buang tabiat apa Lia pakai macam ni?" Tegur Harraz dengan suara bergetar. Malu-malu dia nak pandang Aulia.

Aulia bangun dan berjalan ke arah Harraz dengan lenggok menggoda. Risau tengok muka miang Aulia. Harraz cepat-cepat nak keluar dari balik. Pergerakannya tak tentu arah macam baru lepas kena kejar anjing.

Aulia makin laju menghampiri suaminya. Tangan Harraz ditarik dan terus pintu ditutup kasar. Aulia mengepung Harraz dibelakang pintu. Tubuh mereka dirapatkan.

"Yang abang nak lari dari Lia kenapa?" Disebabkan dia pendek dari Harraz, dia cuma boleh letak tangan di bahu Harraz je untuk mengepung.

"Aba-abang takut dengan Lia." Jawab Harraz dengan suara tersekat-sekat. Haruman tubuh Aulia sangat menggoda. Risau dia tak dapat tahan diri. Dah lah belum solat maghrib ni. Aulia pun kenapa awal sangat menggoda. Karang ada juga yang terbabas solat nanti.

"Takut? Bukan abang suka ke kalau Lia jadi nakal macam ni?" Matanya dilirikkan menggoda.

"Baju Lia tu seksi sangat." Harraz telan air liur.

"Seksi ke? Bukan masa malam pertama kita nikah pun abang suruh Lia pakai baju macam ni. Dah lupa ke?"

"Aba-abang..." Harraz hilang kata.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now