BAB 35🌹

72.8K 2.6K 214
                                    

TING! Aulia keluar dari lift

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TING! Aulia keluar dari lift. Dia berjalan menuju ke lobi. Selesai juga kerjanya di pejabat hari ni. Disebabkan dia nak bercuti panjang untuk honeymoon nanti, dia kena balik lambatlah sebab nak settlekan kerja yang mana ada.

Haih penatnya. Sekarang pun dah pukul 8 malam. Tak pernah dia balik lambat macam ni. Makin hari makin pulang lewat.

Tiba-tiba dia rasa macam diekori. Tapi bila dia pusing belakang, tak ada siapa.

"Firasat aku je kot." Aulia buat bodoh.

Lagi sekali dia dengar derap tapak kasut. Dan tu bunyi seperti tapak kasut lelaki. Aulia rasa tak sedap hati. Tak akan ada orang nak buat jahat kat dia dalam office dia sendiri kot.

Aulia cepat-cepat pusing belakang. Razif terus berselindung di balik dinding.

Aulia memang nampak tu bayangan lelaki. Dan dia nampak seperti susuk Razif walaupun lelaki itu pakai cap hitam yang menutupi wajahnya. Tapi tak mungkin lah. Lelaki tu tak ada di Malaysia. Mungkin dia salah nampak kot.

Aulia terus menapak laju keluar dari pejabat dan masuk kereta. Pintu di lock awal-awal.

"Hello husbaby." Aulia buat keputusan untuk telefon Harraz.

"Yes sayang. Dah otw balik rumah ke?"

"Dah baru nak otw balik ni." Suaranya sedikit bergetar.

"Kenapa suara macam takut-takut ni sayang? Are you okay?" Harraz mula risau.

"Ya i'm okay, don't worry. Lia jumpa abang kat rumah." Aulia tak jadi nak bagi tahu Harraz pasal hal tadi. Mungkin tu bukan orang jahat. Lagi pun tak akan orang tu nak buat jahat secara terang-terangan. Kawasan situ ada cctv kot.

"Okay hati-hati drive tu. I love you."

Panggilan dimatikan dan Harraz terus telefon anak buahnya. "Hello Helmi."

"Yes boss."

"Kau buatkan kerja yang aku suruh? Aku suruh kau follow isteri aku kalau dia keluar kat mana-mana je."

"Ya boss sekarang pun saya tengah ikut isteri boss."

"Setakat ni ada apa-apa yang mencurigakan tak?"

"Tak ada boss. Semuanya selamat."

"Bagus. Pastikan dia selamat sampai rumah. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan, cepat-cepat inform aku. Tapi ingat, aku tak nak isteri aku tahu kewujudan kau. Aku tak nak dia rasa tak selesa. Kau cuma pantau keselamatan dia dari jauh je."

"Baik boss." Helmi angguk faham. Sejak bossnya kahwin tugasnya dah ditukar kepada menjadi bodyguard kepada isteri bossnya itu.

Sejak kejadian Razif nak rogol Aulia dulu, Harraz terus jadi paranoid. Dia terus arahkan Helmi untuk ikut kemana saja Aulia pergi. Sebab nak pastikan Aulia sentiasa selamat.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now