1

2.9K 25 0
                                    

" JASMIN! " Nama itu dilaung kuat buat kali kedua membuatkan si empunya diri tampil di hadapan si pemanggil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" JASMIN! " Nama itu dilaung kuat buat kali kedua membuatkan si empunya diri tampil di hadapan si pemanggil. Siaran yang ditunggu-tunggu sudah muncul setelah beberapa bulan akaun instagram itu menyepi. Paling mengejutkan, pemilik akaun itu memuat naik gambarnya bersama seorang wanita!? Berdua-duaan!?

" Apa? Ada berita tergempar ke? " Jasmin yang berapron bersama sudip di tangan terus meluru ke arah si pemanggil.

" Sini, sini " Hanani kalut menyuruh si Jasmin duduk di sebelahnya.

Jasmin pula ikut sahaja arahan Hanani tanpa bantahan. Matanya melihat ke arah skrin telefon pintar milik Hanani. Terus hatinya panas dan matanya membulat. Cukup menggambarkan emosinya ketika ini. Sudip di tangan digenggam kuat.

" Post terbaru dari crush kau " Hanani memandang Jasmin yang sudah berwajah bengis. Tahulah dia, gadis itu sedang geram dengan apa yang dilihatnya.

" Menyampah aku. Last-last akan jadi jodoh aku juga. Sibuk je nak bercouple dengan orang lain " Bebel Jasmin seraya bangun menuju ke dapur semula. Hatinya bengang sesudah melihat siaran tersebut.

" Yakinnya dia jodoh kau. By the way dia orang bercuti dekat Hatyai " Laung Hanani dari ruang tamu.

" Kisah apa aku! " Jasmin memotong bawang dengan kasar kerana geramnya kepada si dia.

Kedengaran gelak tawa Hanani dari luar membuatkan hatinya lebih membara. Ni kawan jenis apa kalau suka tengok kawan sendiri sakit hati!

' Aku tak boleh kalah sebelum berjuang ' Azamnya untuk memiliki lelaki itu semakin membuak-buak. Dia akan melakukan apa sahaja demi keinginannya.

Satu jam kemudian,

" Assalamualaikum " Seseorang membuka pintu dari luar, Hanani yang ralit dengan telefon memandang ke arah pintu, menunggu orang itu masuk ke dalam.

" Waalaikumussalam. Doktor Sufi dah balik. Jom makan. Bibik kita dah masakkan untuk kita " Hanani yang asyik duduk bermain telefon mula berjalan ke arah meja makan yang sudah siap dihidang dengan makanan.

" Jasmin, kau masak apa? " Soal Sufi seraya meletakkan sling begnya di atas sofa.

" Tomyam dengan sayur goreng je. Malaun ni dari tadi duduk goyang kaki, main telefon. Bukan nak tolong aku masak dekat dapur " Jasmin menjeling Hanani yang sudah duduk di kerusi.

" Alah, aku kan dah tolong buat air oren " Selamba Hanani membalas seraya mencedokkan nasi ke dalam pinggan.

" Haih kau orang ni, benda kecil macam ni pun nak bergaduh "

" Alah bergaduh manja je " Pintas Hanani selamba.

" Sufi kau nak tahu something tak? " Hanani memecah kesunyian di antara mereka bertiga.

" Apa dia? " Soal Sufi ingin tahu.

" Emiir dah ada girlfriend "

" Habislah, mengamuk la orang tu. Macam mana kau tahu? " Sufi mengangkat keningnya memandang Hanani. Tahulah dia sibuk menjaga dan merawat pesakit di hospital tetapi dia tidak boleh terlepas tentang berita panas begini.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now