26

1K 16 0
                                    

SUDAH tiga hari Jasmin tidak bercakap dengannya semenjak peristiwa mereka bergaduh di pejabat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH tiga hari Jasmin tidak bercakap dengannya semenjak peristiwa mereka bergaduh di pejabat. Dia cuba untuk memujuk namun sedikit pun tidak diendahkan Jasmin.

Emiir masuk ke dalam bilik tidurnya bersama Jasmin. Melihat gadis itu sudah lena dibuai mimpi. Awal pula Jasmin tidur malam ini, jam baru sahaja menunjukkan 9:30 malam. Dia berbaring di sebelah isterinya memerhati segenap wajah ceria itu. Yang selalu memberinya senyuman manis walaupun dia tidak membalasnya.

“ Bercakaplah dengan aku. Dah berapa hari kau ignore aku ” Emiir bermain-main dengan rambut ikal Jasmin. Sesekali gadis itu mendesis mungkin dia rasa lenanya diganggu. Akhirnya, Emiir juga turut terlena. Kedudukan mereka sangat dekat dan sangat menyelesakan mereka berdua.

Tepat jam 6:00 pagi, Jasmin tersedar apabila terasa ada lengan yang melingkar pada pinggangnya. Perlahan-lahan dia mengangkat lengan itu.

Cepat dia turun dari katil mahu bersiap. Entah kenapa kepalanya dari semalam rasa berdenyut dan badannya rasa tidak bermaya.

Selesai mandi, dia keluar dari tandas dengan berkemban. Dia terjerit kecil apabila terpandang Emiir yang sudah bangun dan bersandar pada kepala katil sedang memerhatinya sebaik sahaja dia keluar dari tandas. Dia lantas menjeling suaminya. Tidak menghiraukan pandangan tersebut.

“ Seksinya ” Tegur Emiir mahu mengusik namun tidak dihiraukan Jasmin.

Melihat Jasmin hanya diam tidak membalas, dia berjalan ke arah gadis itu lalu memeluknya dari belakang. Dapat dihidu wangian dari badan isterinya. Nafsunya tiba-tiba bergelora namun ditahan dan menikmati bau badan isterinya. Dia mengucup lembut leher putih Jasmin.

“ Apa benda ni Emiir. Saya ada wuduk la ” Akhirnya keluar juga suara itu. Namun tidak disangka nama panggilan Emiir yang keluar. Jasmin menolak badan Emiir menjauh darinya. Tidak pasal-pasal dia perlu mengambil wuduk sekali lagi.

“ Emiir? Siapa Emiir? ” Sengaja Emiir menyoal. Dia tidak puas hati Jasmin memanggilnya dengan nama. Dia mahu Jasmin panggilnya dengan panggilan biasa wanita itu gunakan untuknya.

Jasmin merengus sebelum masuk semula ke dalam bilik air bersama sepasang pakaian. Soalan Emiir dibiarkan begitu sahaja. Malas mahu melayan.

Emiir yang melihat kelakuan isterinya, mengeluh perlahan. Kali ini, Jasmin betul-betul marah dengannya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now