4

745 18 0
                                    

" HAIH, mana si budak Jasmin ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" HAIH, mana si budak Jasmin ni. Dah 15 minit aku tunggu dekat sini " Bebel Hanani sendirian sambil mengerling jam di tangan.

Pin!

Bunyi hon kereta dari luar sekolah menarik perhatian Hanani untuk melihat. Tiba juga akhirnya orang yang ditunggu-tunggu.

" Sorry wey aku lewat sikit terbual dengan abang sepupu aku " Jasmin memberi alasan selepas Hanani masuk ke dalam keretanya.

" Ye lah, sekarang ni gerak pergi bengkel "

" Aik takkan kau cakap petang nanti ke? "

" Orang bengkel call tadi cakap kereta dah siap. Boleh ambil sekarang "

" Okay lah kalau macam tu " Jasmin memulakan pemanduannya ke bengkel yang diberitahu Hanani.

" Assalamualaikum, saya Hanani datang nak ambil kereta yang kelmarin " Sapa Hanani di kaunter bengkel itu.

" Waalaikumussalam. Oh ya Cik Hanani. Sekejap ya " Dia disambut baik oleh gadis penjaga kaunter itu.

Menunggu beberapa minit, gadis itu datang semula dengan kunci kereta di tangan.

" Nah Cik, ini kunci kereta dan resit, semua sekali RM 250 ringgit "

Usai membuat pembayaran, dia pergi ke arah keretanya. Aik, tadi cakap dah siap baiki tapi kenapa nampak masih sedang dibaiki?

" Excuse me. Pekerja dekat kaunter tadi cakap kereta ni dah siap dan dia dah bagi saya kunci " Tegurnya kepada jejaka yang berada di bawah keretanya itu.

Lelaki tersebut terus keluar dari bawah kereta apabila mendengar sapaan itu.

" Oh, sorry. Saya cuma cek untuk kali terakhir. Risau kalau-kalau ada yang masih belum beres tapi jangan risau semua dah elok dibaiki " Ujar lelaki tersebut.

" Okay terima kasih " Lelaki itu mengangguk sahaja sebelum melihat Hanani melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Sampai sahaja di rumah sewa mereka, Jasmin menegur Hanani yang bersandar di kepala sofa.

" Hensem juga mamat tadi. Kau cakap apa dekat dia? " Bukan dia tidak nampak Hanani berbual dengan lelaki itu sebelum mereka pulang.

" Aku cakap aku nak ambil kereta la lagipun masa tu dia tengah cek kereta untuk kali terakhir sebelum aku bawa "

" Try la dia. Sesuai juga dengan kau " Balas Jasmin sambil ketawa kecil melihat wajah menyampah Hanani.

" Ke situ pula kau ni. Tak apalah. Tak nak aku lagipun malas aku nak mengorat mana-mana lelaki sekarang ni. Aku trauma " Balas Hanani malas. Kalau boleh sekarang ni dia hanya mahu sendirian dahulu mahu mengumpul duit.

" Alah aku cakap je. Manalah tahu berkenan dekat hati ke kan tapi dah kalau kau tak nak tak apa lah "

" Haa si Sufi tu ada call aku dia cakap malam ni dia tak balik pula, mungkin pagi esok kot balik. Dia suruh kunci pintu siap-siap, tak nak la jadi macam hari tu tidur tak kunci pintu. Bahaya betul "

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now