12

714 17 1
                                    

RAMAI tetamu yang hadir dari kalangan kanak-kanak tadika Hayyan dan juga jiran-jiran berdekatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RAMAI tetamu yang hadir dari kalangan kanak-kanak tadika Hayyan dan juga jiran-jiran berdekatan. Hari ini Elhan dan isterinya menyambut hari lahir Hayyan yang ke 4 tahun di rumah milik keluarga lelaki itu.

“ Kakak Jasmin! ” Hayyan yang kemas memakai suit nampak sangat comel ditambah pula dengan topi kon di kepala berlari ke arah Jasmin apabila melihat gadis itu datang.

Emiir yang sedang berbual dengan sepupu-sepupunya yang berada tidak jauh dari situ berpaling ke arah Jasmin yang mencubit geram pipi Hayyan.

“ Aik macam mana dia boleh ada dekat sini Miir ” Tanya Eva memandang tajam ke arah susuk tubuh Jasmin.

“ Bonda yang ajak ” Selamba Emiir menjawab mengundang kerutan di dahi Eva. Sejak bila mak ngah kenal dia?

“ Wow nampaknya mak ngah ada kawan baru ” Zulfan mencelah. Eva menahan cemburunya.

Dilihat dari jauh, Jasmin yang bersalam dengan Datin Sarina sambil gelak ketawa. Rapat semacam je padahal baru aje kenal. Eva yang melihat adegan itu menahan cemburunya. Sepatutnya mak ngah layannya begitu seorang sahaja kerana dia kan bakal menantu wanita itu. Jasmin layan biasa-biasa saja sudahla.

“ Kalau bukan disebabkan bonda dah lama aku halau dia ”

“ Wooo tak baik do kau Miir ” Ujar Zulfan. Apani sampai nak halau-halau ni.

“ Kau pun tau kan Zul, yang dia terhegeh-hegeh dekat Emiir ni dari dulu lagi. Classmate takkan tak tahu kot ” Eva jeling Zulfan di sebelah Emiir.

“ Of course la aku tahu tapi.... ” Belum sempat Zulfan menghabiskan katanya Emiir mencelah.

“ Dah la, tak payah cakap pasal dia. Hari ni hari gembira anak buah aku. Aku tak nak mood aku barai disebabkan benda remeh macam ni ”

“ Okay sorry Miir. Jangan moody okay ” Eva memandang Emiir dengan wajah bersalah. Bersalah pula kerana menimbulkan perbualan tentang perkara tersebut.

Zulfan menjuih bibir melihat Eva memujuk Emiir. Tanpa disedari,  Jasmin datang mendekati mereka bertiga.

“ Hai Zul, lama tak jumpa ” Tegur Jasmin buat Zulfan memandang ke arah wanita itu.

“ Oh... Hai Jasmin haah lama kita tak bersua. Duduk lah ” Dia memberi sedikit ruang untuk Jasmin duduk di disebelahnya.

“ Thanks ” Mata Jasmin terpacak melihat Eva dengan Emiir. Matanya turun melihat tangan Eva disilangkan pada lengan Emiir. Dia cemburu.

Pasangan itu langsung tidak menghiraukan kehadirannya di situ.

“ Jasmin, tak payah hiraukan la dia orang berdua. Dia orang memang macam belangkas kalau ada majlis-majlis macam ni ” Ujar Zulfan buat Jasmin tersenyum kecil.

“ Hahaha biasala pasangan baru bercinta kan ” Kata Jasmin mengundang jelingan Eva.

“ Kita orang dah lama bercinta tapi sekarang baru semua orang tahu ” Kedengaran berlagak dalam tutur kata Eva.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now