30

1.1K 14 0
                                    

DIA membawa dua kotak besar susu dutch lady lalu diletakkan di atas island table

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIA membawa dua kotak besar susu dutch lady lalu diletakkan di atas island table. Terbeliak mata Jasmin melihat kotak-kotak tersebut. Dia yang sedang ralit makan bubur jagung buatan mentuanya ditinggalkan sekejap mahu membelek kotak-kotak susu itu.

Belum sempat dia menegur, Emiir kembali ke garaj kereta. Mungkin ada lagi barang yang dibelinya.

“ Banyaknya. Emiir nak buka kedai runcit ke apa? ” Dia menunggu suaminya di sisi meja.

“ Ya Allah banyak nya barang abang beli. Abang borong satu kedai ke apa? ” Semakin membulat mata Jasmin apabila melihat penuh beg plastik di tangan lelaki itu. Sakan shopping ye encik suami.

“ Nah. This is all for you ” Beritahu Emiir meletakkan semua beg plastik di atas meja itu. Sempat dia mengucup pipi isterinya sekilas.

“ Abang pergi shopping tak bagitahu pun. Sampai hati ” Jasmin memuncungkan mulutnya. Acah merajuk.

“ Tak la, tadi kan ada meeting lepastu Zul ajak jalan-jalan dekat supermaket sebelah tempat meeting tu. So kita orang enjoy je lah hahaha. Jangan la majuk syayang ” Emiir menarik dagu isterinya. Tidak semena-mena Jasmin tersengih.

“ Oh. Abang nak cakap yang si Zulfan la racun abang? ” Ujar Jasmin ketawa kecil.

“ Haah, dia beli lagi banyak dari abang. Macam ada anak bini je dekat rumah padahal dia duduk dengam mama papa dia lagi. Kesian dia ” Emiir ketawa apabila mengenangkan nasib sepupunya yang satu itu.

“ Amboi, sakan eh gelakkan Zul. Jas bagitahu dia nanti ” Jasmin mencubit geram pipi Emiir. Emiir mengaduh sakit akibat lukanya tempoh hari. Masib belum pulih sepenuhnya lagi.

“ Auhh abang sakit lagi ke? Sorry Jas tak sengaja ” Jasmin menggosok perlahan tempat dicubitnya tadi. Rasa bersalah pula.

“ Kalau sayang cium dekat sini baru tak sakit ” Emiir menunjuk pipinya. Jasmin tampar bahu Emiir perlahan buatkan lelaki itu menghamburkan tawa. Tangan pula mengosok bahu sendiri.

“ Start la tu nak menggatal. Sakit-sakit pun gedik eee ” Walaupun dia mengata suaminya, dia tetap melabuhkan ciuman di segenap wajah itu. Emiir senyum lebar. Sukanya!

“ Sayang, abang belikan susu dutch lady perisa kurma dengan strawberi biar tak muak sebab sayang kena minum susu ni setiap hari. Sayang tak boleh nak skip sebab ni arahan Tuan Emiir Hamqa ” Beritahu Emiir sambil ketawa kecil. Tangan membuka kotak-kotak susu tersebut.

“ Oh, siap Tuan Emiir Hamqa tu eh, nak kena sepak dia ni suka suki je bagi arahan dekat orang tapi tak kesah pun sebab orang yang menerima arahan ni okay je kalau kena minum susu ni setiap hari sebab sedap! Hehe. Thanks abang ” Jasmin senyum manja. Suka dengan layanan Emiir.

“ Ni susu ibu mengandung. Every night you have to drink before bed ” Ujar Emiir mengeluarkan satu tin susu jenama EnfamamaA+ lalu disuakan di hadapan Jasmin.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now