13

742 19 0
                                    

NANI yang dari tadi memerhati sahaja gelagat Jasmin datang menegur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NANI yang dari tadi memerhati sahaja gelagat Jasmin datang menegur.

“ Kau ni dari semalam lagi tersengih-sengih. Kenapa? ”

“ Teringat moment aku dengan Emiir masa dekat rumah dia kelmarin. Weh, kau nak tahu tak.... ” Jawab Jasmin bersungguh.

“ Jap, Emiir buat apa dekat kau sampai angau macam ni sekali ni? ” Pintas Hanani, dia menumpukan perhatiannya kepada Jasmin. Mahu mendengar apa yang diluahkan sahabatnya itu.

“ Dia ambilkan kek untuk aku sebab masa tu aku teman Hayyan pergi tandas. Kita orang dah macam family tau ”

“ Tu je ke? Bahagia macam dah duduk atas pelamin dengan dia aje ”

“ Hey, perkara macam tu pun dah cukup buat aku bahagia and insyaAllah kita orang akan duduk atas pelamin sama-sama suatu hari nanti ”

“ Tapi ada lagi... Mood dia bila jumpa aku kelmarin tak macam selalu yang asyik beremosi aje tapi macam biasala cara percakapan dia still kasar cuma dia layan aku tanpa marah-marah macam selalu ” Jasmin tergelak kecil.

“ Hmm okay la kalau macam tu.... Aku harap kau tak kecewa lah ”

“ Ishh. Kau ni bukan nak doakan yang baik-baik untuk aku ”

“ Ye aku doakan untuk kau pakej doa sekali biar kau tak kecewa dengan Emiir ” Jasmin tersenyum. Kalau boleh dia mahu hentikan masa ketika dia bersama Emiir kelmarin biar dia dapat rasakan kebahagiaan itu dengan lebih lama.

SERIUS sahaja muka Emiir sekarang, dia telah berfikir dan ini adalah keputusan muktamadnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SERIUS sahaja muka Emiir sekarang, dia telah berfikir dan ini adalah keputusan muktamadnya. Untuk mengahwini Eva tanpa melangsungkan pertunangan seperti yang dirancang.

“ Eva I rasa kita tak payah bertunang la. Kita kahwin terus macam yang bonda cakap ” Emiir menyatakan hasratnya, tiba-tiba sahaja dia menukar fikirannya setelah beberapa hari memikirkan soal itu.

“ Tapi kenapa? ” Soal Eva terkejut. Kenapa tiba-tiba je ni?

“ Sebab I nak you cepat-cepat jadi kekasih halal I ” Eva menghela nafasnya sekejap.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now