20

932 16 2
                                    

“ TUAN Emiir, 15 minit lagi kita meeting dengan Imran's Company dan juga Cortional Company ” Beritahu Shila yang menunduk memandang jadual di dalam ipadnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUAN Emiir, 15 minit lagi kita meeting dengan Imran's Company dan juga Cortional Company ” Beritahu Shila yang menunduk memandang jadual di dalam ipadnya.

“ Okay ” Emiir mengangguk. Tidak lama selepas itu, dalam beberapa saat. Pintunya diketuk dari luar. Terjengul wajah ceria Zulfan.

“ Heyyow ” Zulfan memandang Shila yang mahu beredar dari bilik itu sebelum melabuhkan duduk di hadapan Emiir.

“ Cortional Company? Siapa tu? ” Soal Emiir serta merta.

“ Pak long tak bagitahu ke? ” Emiir menggeleng.

“ Pak long kau cakap ada meeting je. Dia tak ada la detailkan dengan siapa aku nak meeting. Buat hal la pak ngah kau ni ” Emiir menyandar badannya pada kerusi.

“ Pak long aku ayah kau juga. Maybe pak long lupa kot, dia ingat dia dah bagitahu kau ” Sangkal Zulfan mengerling sekilas jam di tangan.

“ Weh jom ah ” Ajak Zulfan mereka ada 3 minit lagi sebelum mesyuarat bermula.

Masuk sahaja ke dalam bilik mesyuarat itu, mata Emiir terhenti pada sepasang mata yang sudah lama dia tidak nampak. Mata redup itu selalu menjadi igauannya pada masa lalu. Kini, mereka bertemu kembali.

“ Miir, kau tengok apa? Duduk lah ” Separuh berbisik, Zulfan menepuk lengan Emiir yang mengelamun seketika.

“ Okay, hari ini kita ada wakil dari Cortional Syarikat untuk bentangkan tapak projek untuk pembinaan resort dekat Kangar. Silakan ” Ujar Aliza pembantu peribadi Dato Khalid.

“ Terima kasih, nama saya Arluna Sofiya. Saya wakil dari Cortional Company untuk bentangkan tentang tapak projek di Kangar setelah team saya membuat tinjauan di sana pada minggu lepas ” Gadis itu memperkenalkan diri. Matanya sempat menangkap sepasang mata yang sedari tadi memandang ke arahnya. Langsung tidak berkelip.

Selepas sejam mereka bermesyuarat, mereka diajak untuk lunch bersama di restoran berdekatan.

“ Long time no see ye Sofi. Makin cantik kau ” Puji Zulfan. Kini, mereka berempat beradadi sebuah meja termasuk pembantu peribadi Emiir.

“ Thank you tapi aku rasa diri aku sama je masa zaman sekolah dulu. Tak ada yang berubah pun ” Balas Sofiya rendah diri. Matanya memandang Emiir.

“ Sejak bila kau masuk kerja dalam syarikat cortional? ” Tanya Zulfan. Mahu beramah mesra dengan rakan sekolahnya dulu.

“ Baru 2 bulan lebih sebab baru balik dari Jepun ” Zulfan mengangguk faham.

“ Miir, senyap aje kau dari tadi. Tak ada nak cakap apa-apa ke? ” Zulfan menegur Emiir di sebelahnya.

“ Dah kahwin? ” Soal Emiir buat Sofiya tergelak kecil.

“ Kahwin? Siapa la nak dekat saya ni ” Jawab Sofiya dengan gelak kecil.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now