43

1.9K 36 10
                                    

╔═ .⋅ ۵♡۵ ⋅. *.·:·.✧ ✦ ✧.·:·.* .⋅ ۵♡۵ ⋅. ═╗
you're the one that i want to be with
╚═ .⋅ ۵♡۵ ⋅. *.·:·.✧ ✦ ✧.·:·.* .⋅ ۵♡۵ ⋅. ═╝

SETELAH beberapa hari menginap di hospital, akhirnya Jasmin sudah boleh balik ke rumah. Memandangkan mama dan papanya akan pergi umrah beberapa hari lagi. Dia memilih untuk menginap di rumah mentuanya. Sesekali mama dan papanya akan datang ke rumah itu.

" Kecilnya dia pak ngah. Boleh ke dia jadi kawan Yen? " Beritahu Hayyan. Mata ralit memerhati wajah Jarir di atas tilam.

" Mestilah, Jarir kan baby lagi. Nanti baby Jarir dah besar, boleh la main dengan Yen " Balas Emiir lembut. Tersenyum dia melihat Hayyan sedang cuba mencucuk-cucuk jarinya pada pipi Jarir.

" Nanti Yen minta adik dengan daddy pula eh " Bisik Emiir namun dapat didengar abangnya.

" Kau jangan nak mengajar si Yen tu yang bukan-bukan eh angah " Ujar Elhan yang turut duduk di situ.

Jasmin dan Deena ketawa kecil.

" Pak ngah, bila Jarir nak besar macam Yen? Esok boleh ke? "

" Esok tak boleh lagi. Nanti Yen masuk darjah satu baru Jarir besar macam Yen. Sabar okay " Emiir mengusap kepala anak buahnya itu. Hayyan akur mengangguk.

" Sekarang Yen 5 tahun kan daddy? " Tanya Hayyan pada Elhan. Umur sendiri pun lupa.

" Haah " Elhan mengangguk.

" Daddy, boleh ke Yen nak masuk darjah satu esok? " Soal Hayyan lagi. Berkerut dahi Elhan. Apa pula kali ni.

" Kenapa Yen tanya macam tu? Tak sabar nak jumpa kawan baru ke? " Tanya Emiir.

" Tak lah. Tadi pak ngah cakap kalau Yen dah masuk darjah satu, Jarir akan besar. Jadi, Yen nak masuk darjah satu esok " Polos Hayyan berkata. Emiir dan Elhan menepuk dahi sendiri.

" Kau bagi anak kau makan apa ni long. Akal terlebih dari otak "

" Entahla ngah. Aku pun speechless dengan anak sendiri "

Jarir yang sedang lena tiba-tiba menangis kuat. Membulat mata Hayyan melihat si kecil itu menangis dengan suara nyaring begitu.

" Daddy " Hayyan yang dari tadi duduk di sisi tilam Jarir bangun menuju ke arah daddnya.

" Kenapa? "

" Kenapa Jarir nangis macam tu? Kuatnya suara dia " Beritahu Hayyan. Takut dengar suara bayi menangis.

" Yen pun macam tu juga dulu. Tak payah nak takut sangat " Sampuk Deena.

" Meh sini, abang gendong " Emiir mengambil Jarir daripada Jasmin. Dia tahu Jasmin penat jadi dia perlu memainkan peranannya sebagai seorang suami yang mithali.

Emiir berzikir sambil menggendong Jarir sehingga reda tangisan si kecil itu.

" Dah la Yen, pergi tidur. Dah malam ni " Arah Elhan.

" Okay daddy, mommy teman Yen please. Bye baby Jarir " Hayyan mencium pipi Jarir yang digendong Emiir sebelum menarik tangan Deena menuju ke bilik.

•❅───✧❅✦❅✧───❅•

" Sayang, minyak yuyi mana? " Soal Emiir. Tangan sibuk memakaikan pampers pada Jarir. Si kecil itu baru sahaja dimandikan olehnya tadi. Tak sia-sia tunjuk ajar bonda tentang cara memandikan bayi beberapa hari lepas.

" Ada dalam bekas ubat atas meja tu " Ujar Jasmin dari dalam tandas.

" Mana? "

" Ada la dalam tu, cari elok-elok lah "

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now