25

1K 8 0
                                    

EMIIR mengetuk pintu kereta Sofiya sebaik sahaja memberhentikan keretanya di belakang kereta gadis itu yang tersadai di tepi jalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EMIIR mengetuk pintu kereta Sofiya sebaik sahaja memberhentikan keretanya di belakang kereta gadis itu yang tersadai di tepi jalan.

“ Emiir! ” Laju tangan Sofiya membuka pintu kereta lalu keluar dari perut keretanya.

“ Awak buat..... ” Tergamam Emiir sebaik sahaja badannya dipeluk erat. Matanya berkelip beberapa kali sebelum merungkaikan pelukan tersebut.

“ Thank you datang. Saya takut sangat tadi ” Sofiya mengadu, jelas matanya berkaca saat ini kerana risau dengan keselamatan diri sendiri. Dia betul-betul takut sekiranya berlaku apa-apa pada dirinya jika tiada Emiir.

“ Sama-sama. Awak nak pergi mana malam-malam macam ni? Seorang diri pula tu ” Soal Emiir memandang Sofiya. Jelas wajahnya agak risau dengan keberadaan gadis itu.

“ Saya nak pergi rumah saudara saya tapi saya tersilap jalan ”

“ Habistu sekarang ni awak nak balik atau teruskan perjalanan ke rumah saudara awak? ” Emiir menunggu jawapan daripada Sofiya.

“ Saya nak teruskan tapi... ” Sofiya tiba-tiba menghentikan percakapannya. Mahu minta Emiir menemaninya tapi takut jika ditolak.

“ Apa kata saya teman awak pergi rumah saudara awak? ” Emiir memberi cadangan. Membulat mata Sofiya. Tidak sangka Emiir yang memberi tawaran tersebut tanpa dipinta.

“ Betul ke? Jasmin tahu tak? Awak inform la dia dulu ”

“ It's okay. Dia tak perlu tahu. Jom la nanti lewat pula kita sampai ” Mereka berdua masuk ke dalam kereta masing-masing. Emiir memandu di hadapan dan diikuti Sofiya dari belakang.

Setibanya di Shah Alam. Rumah saudara Sofiya, Emiir dipelawa untuk bermalam di situ namun dia menolak. Dia perlu balik dengan segera, risau jika Jasmin fikir perkara yang bukan-bukan dan mereka akan bergaduh lagi.

“ Tak apa lah mak cik. Saya balik dulu ” Emiir meminta diri. Tidak disangka, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Patutlah dari petang tadi lagi mendung.

“ Masuk la dulu Emiir. Hujan lebat ni, bahaya drive hujan-hujan lebat macam ni ” Ibu saudara Sofiya menegahnya. Risau jika apa-apa berlaku kepada lelaki itu.

“ Ish Emiir ni degil betul lah mak ngah ” Melihat Emiir tidak memberi apa-apa respon, Sofiya menarik lengan Emiir untuk masuk ke dalam rumah. Emiir tiada pilihan lain selain daripada menerima pelawaan tersebut. Dia juga tidak gemar memandu dalam keadaan hujan lebat begini.

“ Kamu berdua duduk lah dulu. Mak cik buatkan teh ” Emiir mengangguk sebelum mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar.

“ Okay mak ngah ” Ujar Sofiya teruja. Dia memandang Emiir di sebelahnya diam bermain telefon.

“ Bateri mati la pula ” Gumamnya perlahan namun dapat ditangkap oleh Sofiya.

“ Awak nak charge dulu ke phone tu? Saya ada charger kalau awak nak ” Sofiya bertanya lalu mengeluarkan charger dari beg tangannya.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now