16

762 13 0
                                    

SETELAH selesai semua persiapan perkahwinan, tibalah masa untuk mereka meraikan perkahwinan yang dirancang pada saat akhir itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH selesai semua persiapan perkahwinan, tibalah masa untuk mereka meraikan perkahwinan yang dirancang pada saat akhir itu. Tapi, itu tidak menjadi masalah. Yang penting perkahwinan itu berlangsung seiring dengan rancangan. Mereka melangsungkan akad nikah dan sanding secara serentak.

Tidak dapat digambarkan betapa bahagianya Jasmin setelah dia sah menjadi isteri kepada Tuan Emiir Hamqa. Dia tersipu malu apabila Emiir datang ke arahnya untuk acara batal air sembahyang.

Emiir dapat merasakan kesejukan dari tangan Jasmin apabila tangan itu disentuh dan hangat dengan ciuman wanita itu ditangannya.

" Thank you bagi aku peluang untuk buat kau balas balik apa yang aku rasa " Separuh berbisik Jasmin menutur kata.

Emiir memandang mata itu tanpa membalas apa-apa. Maafkan aku Jasmin.

" Dah, jom kita ambil gambar " Ajak Elhan. Jurugambar pun sudah bersedia untuk menangkap gambar kenangan mereka pada hari bahagia itu.

Hampir berpuluh-puluh gambar diambil. Kini, gambar mereka berdua akan diambil jurugambar itu. Pelbagai gaya yang diarahkan.

" Okay Tuan Emiir pegang pinggang Puan Jasmin " Mereka turutkan sahaja apa yang diarahkan.

" Gambar seterusnya, Puan Jasmin paut leher Tuan Emiir. Tuan Emiir tunduk sikit biar hidung berlaga dan tangan rangkul pinggang Puan Jasmin "

Jasmin dan Emiir dapat merasakan deruan nafas masing-masing. Jantungnya berdetak laju bagai nak tercabut, tidak pernah terduga dia akan sedekat ini dengan Emiir.

Emiir pula terkedu dengan posisi mereka sekarang, jantungnya juga tidak dapat berdetak dengan kelajuan yang normal. Entah kenapa.... Dia rasa berdebar berada sedekat ini dengan Jasmin.

" Okay, lepas tukar baju lepas ni kita sambung " Ujar jurugambar itu.

" Terima kasih " Serentak mereka berdua bersuara dengan anggukan kepala.

Emiir memandang Jasmin sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tiba-tiba matanya tertancap pada bekas kekasihnya, dia berjalan menuju ke arah gadis itu. Tangan Jasmin ditarik tanpa disedari gadis itu. Nasib baik tidak tersadung!

" Thank you Eva datang majlis aku dengan Jasmin. Tak sangka kau datang "

Eva yang sedang duduk memerhati sekeliling, terkejut dengan teguran tiba-tiba itu.

" Mestilah aku datang. Kau kan sepupu aku. Congratulation to both of you " Ucap Eva bersama senyuman manis terlakar di bibir.

" Thank you " Ucap Jasmin dengan hati terbuka.

" Mana cinta pertama kau? Tak ajak datang sekali ke? " Perli Emiir. Dia memandang wajah hambar Eva.

" Emiir " Jasmin berbisik. Menegur lelaki itu.

Melihat riak wajah Eva pun dia tahu gadis itu terasa.

" Dia ada hal. Ni aku datang sekejap je jumpa kau orang pak ngah dengan mak ngah "

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now