40

1K 18 0
                                    

PANDANGAN dibuang ke arah luar

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

PANDANGAN dibuang ke arah luar. Melihat kereta-kereta yang dipandu di atas jalan raya. Sesekali dia melihat suaminya yang sedang fokus memandu manakala tangan pula tidak lepas dari mengusap perutnya lembut.

" Zafri ada dekat sana juga ke? " Tanya Jasmin tiba-tiba buat Emiir tersentak.

" Tak tahu " Balas Emiir mendatar.

" Kenapa tiba-tiba tanya pasal lelaki tu? Rindu ke lama tak jumpa? " Emiir menyoal tidak puas hati. Pantang dengar nama Zafri.

" Mana ada. Saya saja tanya je. Saya tak pernah tahu kenapa awak asyik ada masalah je dengan dia. Awak tak nak cerita dekat saya ke? " Tanya Jasmin dengan sengihan.

" Cukup la awak tahu yang dia tu perampas " Balas Emiir bersama riak kosong.

" Tapi... Tak ada apa lah " Jasmin kembali memandang ke luar tingkap. Tidak jadi mahu menyoal lebih walaupun rasa ingin tahunya tentang Emiir dan Zafri membuak-buak sekarang. Risau Emiir memarahinya pula.

Selesai meletakkan kereta di tempat kereta, Emiir turun terlebih dahulu sebelum membukakan pintu untuk Jasmin.

" Jom " Emiir menghulur tangannya untuk Jasmin bertaut turun dari kereta.

" Thank you "

Sedang mereka berjalan menuju ke pintu hotel. Sofiya datang menegur dari belakang.

" Hai. Lama tak jumpa kau Jasmin " Sofiya memandang atas bawah ke arah Jasmin.

" Jom Emiir " Jasmin menarik lengan Emiir berlalu dari situ. Sofiya senyum sinis melihat mereka pergi begitu sahaja tanpa membalas sapaannya kembali.

Sofiya mengambil telefon di dalam beg tangannya lalu menelefon seseorang.

" Kau dah faham kan apa yang aku cakap? Kau kena tunggu dekat tandas siap-siap " Arah Sofiya kepada seseorang di corong telefon.

Sofiya senyum penuh makna. Harap apa yang dirancangnya kali ini mendapat habuan yang lumayan. Berharap Emiir akan datang kepadanya.

" Hai. Lama tak jumpa kau orang. Rindunya " Jasmin menyapa kawan-kawan sekelasnya yang sudah duduk di sebuah meja.

Emiir pula pergi menyapa kawan-kawan lelakinya.

" Jap, kau preggy ke Jasmin? " Soal salah seorang kawan Jasmin di situ melopong tidak percaya. Jasmin ketawa kecil.

" Haah la tak jelas sangat perut kau tapi still nampak macam orang mengandung. Congrats Jasmin " Sampuk seorang lagi di situ.

Jasmin tersenyum, badan yang ditutupi gaun besar itu ditilik sekilas. Gaun yang dibeli Emiir tempoh hari.

" Thank you. Doakan aku selamat bersalin nanti "

" By the way mana Sofiya? Dari tadi tak nampak pun dia. Dia kata nak join meja kita " Jasmin menjungkit kening.

" Kenapa Jasmin? Kau tak suka ke? " Soal Siti salah satu rakan sekelas Jasmin juga apabila melihat wajah kurang senang Jasmin apabila nama Sofiya disebut.

Hatimu MilikkuWo Geschichten leben. Entdecke jetzt