8

716 15 0
                                    

“ TUAN Emiir, client kita nak jumpa dekat Rian's Cafe pukul 10 pagi ” Beritahu Shila sebaik sahaja mereka keluar dari bilik mesyuarat sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUAN Emiir, client kita nak jumpa dekat Rian's Cafe pukul 10 pagi ” Beritahu Shila sebaik sahaja mereka keluar dari bilik mesyuarat sebentar tadi.

“ Okay nanti kita gerak sekali ” Balas Emiir senada.

“ Baik Tuan ”

Selesai sahaja kerja yang dilakukannya, dia membuka aplikasi instagram seketika sebelum menyambung kerja yang lain pula.

“ Ouh balik kampung patut la dua tiga hari ni tak nampak ” Gumamnya sendiri sambil melihat gambar seterusnya. Wajahnya berkerut melihat seorang lelaki bersama Jasmin dan Hanani. Siapa lelaki itu?

“ Atau ni lelaki yang sama masa dekat restoran haritu? ”

“ Siap bawa balik kampung lagi tapi bukan main beria kejar aku. Nampak sangat tak cukup dengan seorang lelaki ”

Emiir senyum sinis melihat siaran itu lalu dia melihat pula cerita yang disiarkan gadis itu. Gambar pertama, gambar suasana air terjun, gambar kedua, lelaki tadi bersama Jasmin dan Hanani selfie di air terjun kedudukan lelaki itu dekat dengan Jasmin.Slide yang terakhir, video mereka sedang bersuka ria merendam kaki di dalam air. Di dalam video itu terdengar suara lelaki mungkin lelaki itu yang sengaja mengusik Jasmin ‘ Minmin! Rakam la abang juga. Nanti kalau Minmin rindu abang boleh la tengok balik video tu ’

Terus Emiir menutup telefonnya lalu menyambung semula kerja yang perlu dilakukan. Entah kenapa dia rasa menyampah dengan gambar-gambar dan video yang disiarkan Jasmin.

“ Asal kau nak menyampah sangat ni Emiir. Suka hati dia la nak post apa pun tak ada kaitan langsung pun dengan kau ” Emiir memarahi dirinya sendiri. Kenapa dia perlu rasa begini? Dia menggeleng kepalanya seketika.

Telefonnya yang berada di atas meja, bergetar. Sebelum menjawab panggilan itu, dia melihat sekilas nama yang terpapar di skrin telefon.

“ Hello Eva, I dekat office sekarang ni. Ada apa? ”

“ I nak ajak you lunch. Boleh ke? ”

“ Boleh, nanti you share location. Lepasni I ada meeting dengan client dekat Rian's Cafe ”

“ Ouh, okay la kalau macam tu, tak sabar nak lunch dengan you. Bye. I nak sambung kerja. See ya Emiir sayang ”

“ Okay, take care babe ”

Usai menjawab panggilan daripada Eva, seseorang mengetuk pintu pejabatnya. Belum mendapat keizinan darinya orang itu sudah terlebih dahulu masuk lalu melabuhkan duduk dihadapan Emiir.

“ Mimpi apa kau datang office aku ni Zul ” Zulfan melabuhkan duduk di hadapan Emiir.

“ Sorry bro ganggu kau, tadi aku ada meeting dekat-dekat sini ”

“ Ouh aku ingat kau tak ada kerja hahaha ”

“ Tak ada kerja kau cakap? Berlambak dekat office sana. Saja la datang nak melawat sepupu tak lama lagi kan kau dah nak jadi tunang orang ”

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now