10

882 15 0
                                    

“ NENEK! Yen balik ni ” Masuk sahaja ke dalam rumah, Hayyan terus meluru masuk menuju ke arah neneknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NENEK! Yen balik ni ” Masuk sahaja ke dalam rumah, Hayyan terus meluru masuk menuju ke arah neneknya.

“ Cucu nenek! ” Datin Sarina mendepa tangannya, Hayyan terus memeluk nenek kesayangannya itu. Nampaknya, budak Hayyan itu baru pulang dari tadika kerana masih berpakaian seragam tadikanya.

“ Assalamualaikum bonda ” Sapa Elhan yang baru sahaja muncul di muka pintu.

“ Waalaikumussalam. Mana Deena? ” Soal Datin Sarina apabila tidak melihat kelibat menantunya.

“ Dia datang esok sebab dia ada urgent meeting ” Jawab Elhan masuk membawa beg pakaiannya dan Hayyan.

“ Nenek ada aish keyim tak? ” Hayyan yang masih berada di dalam pelukan menyoal.

“ Kalau Yen nak aiskrim, Yen kena mandi dulu okay. Masyam la ” Datin Sarina merungkaikan pelukan kemas anak itu. Hayyan menayang sengih.

“ Okay nenek. Pak ngah mana? ” Meliar matanya mencari susuk tubuh Emiir.

“ Pak ngah tak balik lagi. Petang nanti dia balik ”

“ Alah....Yen nak pak ngah yang mandikan Yen ” Rungut anak kecil itu. Datin Sarina ketawa. Manja betul dengan pak ngah dia.

“ Biar nenek aje la yang mandikan Yen ye ”

“ Tak apa la nenek, Yen nak tunggu pak ngah balik. Boleh kan nenek? ” Soal Hayyan penuh berharap.

“ Yen, kenapa nak tunggu pak ngah balik pula, Yen kan dah besar kena la mandi sendiri ” Ujar Elhan. Mengada aje kerja.

“ Tak nak. Nak pak ngah yang mandikan Yen ” Hayyan mencebik bibir.

“ Jangan nak mengada sangat la Tuan Adam Hayyan ”

Melihat sahaja wajah cemberut Hayyan, cepat-cepat Datin Sarina memujuk.

“ Biar la long. Nanti angah balik la tu ”

Selepas beberapa minit menunggu, dia mendengar deruan enjin kereta yang baru sahaja menapak masuk ke perkarangan rumah neneknya. Laju sahaja dia membuka pintu utama, mahu menyambut kepulangan pak ngah kesayangannya.

“ Pak ngah! ” Ujarnya di muka pintu apabila nampak kelibat Emiir keluar dari perut kereta.

Emiir memandang ke arah suara itu. Dia mampu telan air liurnya sahaja apabila melihat budak berumur 4 tahun itu. Tahulah dia, lepasni dia kena bersedia untuk mendengar celoteh dan menjawab semua soalan yang diajukan Hayyan. Yang paling penting Hayyan akan mengada dengannya.

“ Hey, Yen. Bila sampai? Ni kenapa pakai baju tadika lagi ni? Dah petang ni ” Emiir menggosok kepala anak itu.

“ Tengah hari tadi.Yen tunggu pak ngah untuk mandikan Yen ” Terkedu Emiir. Tak mandi sampai petang semata-mata nak dia mandikan? Amboi si Hayyan ni.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now