5

781 19 0
                                    

' AKU kena kentalkan hati dan kuatkan mental kalau aku nak dapatkan dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

' AKU kena kentalkan hati dan kuatkan mental kalau aku nak dapatkan dia. Yes! Aku tak boleh lemah dan mudah mengalah ' Azamnya berkobar-kobar apabila kini dia berada di rumah keluarga Emiir. Entah apa yang difikirkannya sehingga sanggup ke rumah keluarga lelaki itu. Jasmin memang betul-betul dah gila cinta.

" Assalamualaikum " Dia memberi salam seraya menekan loceng rumah agam itu.

Setelah beberapa minit menunggu, kelihatan seperti seorang pembantu rumah datang ke arahnya.

" Waalaikumussalam, ye cik. Cari siapa? " Tanya Mak Lela pembantu rumah keluarga Emiir. Tidak pernah pula dia melihat gadis itu sebelum ini.

" Saya Jasmin, Datin Sarina ada? "

" Ada. Kejap saya buka kan pagar "

" Jemput masuk Cik Jasmin "

" Terima kasih "

" Datin, datin ada tetamu " Datin Sarina yang sedang mengait di ruang tamu memandang Mak Lela dan seorang gadis yang seperti pernah dilihat tetapi dia lupa di mana dia pernah melihat dan berjumpa gadis itu.

" Jemput la duduk " Datin Sarina mempersilakan Jasmin melabuhkan duduk terlebih dahulu sebelum mereka memulakan perbualan. Jasmin duduk di sofa di hadapan Datin Sarina.

" Maaf mengganggu masa datin, saya datang ni cuma nak berkenalan dengan datin sekeluarga "

" Apa motif kamu nak berkenalan dengan keluarga saya? Dan saya tak kenal kamu macam mana kamu boleh datang ke rumah saya tiba-tiba nak berkenalan? "

" Saya Imtiaz Jasmin. Mungkin datin lupa, saya anak kepada Cikgu Razali " Penuh sopan Jasmin memperkenalkan dirinya.

" Ouh Cikgu Razali pengetua SMK Bunga Cempaka? "

" Ya, betul. Saya juga pernah sekelas dengan Emiir kira kita orang ni kawan la "

" Patutla saya macam pernah nampak kamu tapi lupa dekat mana. Kamu cakap nak berkenalan? Apa maksud kamu? " Penuh tanda tanya pada wajah wanita separuh abad itu.

Jasmin mengukir senyuman sebelum memberi alasannya.

" Datin panggil sahaja saja Jasmin. Maksud saya nak berkenalan, saya nak kenal lebih rapat lagi keluarga Emiir. Saja nak mengeratkan silaturahim "

Datin Sarina memandang pelik melihat gadis di hadapannya ini. Logik ke datang rumah kawan lelaki sekadar mahu berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim ? Ataupun gadis ini ada niat lain?

" Lupa pula saya nak bagi buah tangan untuk datin. Biasala excited jumpa bonda kepada Emiir. Hehe " Selamba Jasmin berkata seraya menghulur beg kertas di tangannya.

Datin Sarina menyelak beg kertas itu.

" Jasmin buat sendiri ke puding trifle ni? " Jasmin mengangguk.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now