23

791 11 0
                                    

KEK coklat yang dibawa diletakkan di atas island table

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEK coklat yang dibawa diletakkan di atas island table. Mata ralit melihat ibu mentuanya mengacau sesuatu di dalam periuk. Dia menjenguk sekilas makanan di dalam periuk itu.

“ Wah bonda masak bubur jagung. Sedapnya ” Ujar Jasmin teruja.

“ Jasmin datang seorang je ke? ” Soal Datin Sarina melihat sekeliling mencari kelibat anak lelakinya.

“ Haah bonda. Tadi Jas ada kerja dekat luar so singgah sini kejap ”

“ Oh... Kalau macam tu Jas stay la dulu, kita makan bubur jagung sama-sama. Dah nak siap ni ” Ajak Datin Sarina mula menceduk bubur jagung ke dalam mangkuk.

“ Sunyi je rumah. Hayyan tak ada datang bermalam dekat sini ke bonda? Ingat dia ada dekat sini ” Jasmin duduk atas kerusi di island table. Datin Sarina meletakkan dua mangkuk bubur jagung dan dua gelas air teh bunga di hadapan Jasmin lalu dia juga melabuhkan duduk di situ.

“ Dia balik rumah opah dia dekat Pahang. Kan sekarang cuti sekolah ”

“ Oh... Hmmm sedapnya bonda ” Dia memuji bubur buatan ibu mentuanya sebaik sahaja dia menyuap bubur tersebut ke dalam mulut. Manis dan lemak berkrim.

“ Emiir pun suka bubur jagung nanti bonda bungkuskan untuk dia ” Beritahu Datin Sarina. Jasmin mengangguk.

“ Baik bonda. Jas nak belajar masak bubur jagung ni dengan bonda boleh? ”

“ Boleh. Jas datang la sini. Anytime bonda boleh ajarkan ” Ramah Datin Sarina memberitahu menantunya.

“ Thank you bonda ” Jasmin memegang tangan Datin Sarina.

Sebelum menghidupkan enjin kereta untuk pulang ke rumah, telefonnya di dalam beg tangan berdering minta diangkat.

“ Ya, ada apa? ” Soalnya kepada si pemanggil.

“ Ada barang kau sampai rumah ni ” Beritahu Aqil dengan suara seperti baru bangun tidur.

“ Barang? Barang apa? Siapa pengirim? ” Soal Jasmin pelik. Bila masa pula dia memesan barang menggunakan alamat rumah keluarganya?

“ Abang Mikail ” Jawab Aqil. Kali ini kedengaran menguap pula.

“ Tak lain tak bukan kau mesti baru bangun tidur kan Aqil ” Tekanya namun tidak dibalas adiknya itu.

“ Okay akak on the way ” Lantas Jasmin mematikan panggilan dan meneruskan perjalanan ke rumah keluarganya.

“ Okay akak on the way ” Lantas Jasmin mematikan panggilan dan meneruskan perjalanan ke rumah keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now