2

984 20 0
                                    

TERGAPAI-GAPAI tangannya mencapai telefon pintar yang berada di atas meja kecil sebelah katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERGAPAI-GAPAI tangannya mencapai telefon pintar yang berada di atas meja kecil sebelah katil. Mahu pekak telinga mendengar pekikan dari telefon itu membuatnya bingkas bangun daripada tidur.

" Lain kali aku kena perlahankan la volume alarm ni. Bingit betul " Gumamnya dalam mamai sambil tangan menutup mulut yang luas menguap.

Kalau mengikut nafsunya sekarang, mahu sahaja dia merebahkan kembali tubuh itu dan menarik selimut semula. Tetapi dia menahan kantuknya itu demi klientnya yang datang jauh dari jepun. Eh tersasul, sebenarnya demi solat subuh ya!

Selesai melipat sejadah, dia bersiap untuk ke galeri miliknya, sudah dua hari dia terperuk di rumah sewa dia bersama Hanani dan Sufi. Saja, biarlah dia kan boss dan pemilik galeri itu. Suka hati dia lah nak masuk kerja ke tidak.

" Kenapa dia tak accept lagi " Jasmin melihat instagram palsu miliknya, Emiir masih lagi tidak menerima dia sebagai follower. Tak apa, nanti lunch hour, dia akan menemui Emiir di pejabat lelaki itu sendiri. Bukan untuk meminta dia menerimanya sebagai follower di akaun palsu itu tetapi ingin memyuruh lelaki itu nyahsekatnya di semua platform media sosial.

" Jasmin, turun makan sekarang! " Terdengar panggilan Hanani dari ruang tamu. Dia terus bergegas turun sambil tangannya membawa sebuah frame lukisan.

Usai mengambil tempat di meja makan, terus dia ditanya satu soalan dari Hanani membuatkan dia menjeling gadis itu kegeraman.

" Kenapa kau tanya soalan menyakitkan hati macam tu? "

" Lah.... Aku tanya je "

" Macam ni lah Nani, selagi dia tak jadi milik aku selagi itu aku akan berusaha untuk dapatkan dia. Untuk soalan kau bila aku nak lupakan dia, tak akan dan tak akan sesekali aku lupakan dia "

" Baiklah Cik Jasmin "

Hanani akur sahaja dengan nekad Jasmin itu. Dia kadang-kadang kesian juga melihat Jasmin terlalu mengimpikan lelaki itu sehingga sanggup diherdik dan dimarah lelaki itu. Selagi kau bahagia dengan hidup kau, teruskanlah Jasmin oi!

" Sufi mana? "

Baru perasan ketiadaan Sufi dari semalam.

" Dia shift malam semalam. Lepasni sampai la tu "

Panjang umur apabila pintu utama dikuak dari luar dan terjenggul muka Sufi di sebalik daun pintu.

" Sufi jom lah makan dulu. Lepasni kita orang dah nak pergi kerja " Jasmin mencedok nasi goreng buatan Hanani ke dalam pinggan untuk Sufi. Tahu sangatlah si Sufi itu mahukan tidur sekarang ini tapi perut perlu diisi terlebih dahulu.

Tanpa banyak bicara Sufi meletakkan beg kerjanya di atas sofa seraya meluru ke arah meja makan. Selain mengantuk dia juga lapar. Jadi, sebelum dia membersihkan diri dan tidur, lebih baik dia kenyangkan perutnya terlebih dahulu.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now