39

977 17 0
                                    

SALAM diberi sebaik sahaja dia berdiri di luar rumah mentuanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SALAM diberi sebaik sahaja dia berdiri di luar rumah mentuanya.

“ Waalaikumussalam anak menantu bonda. Jom masuk ” Jasmin menyalami tangan bondanya sebelum sama-sama masuk ke dalam rumah.

“ Amboi. Aku dekat sini ditinggalkan macam tu je? ” Emiir mengumam sambil mengambil beberapa plastik.

“ Ha, long right timing kau berdiri dekat sini. Pergi ambil barang dalam but kereta aku ” Arah Emiir kepada Elhan. Dia melangkah masuk ke dalam.

“ Kau orang singgah berborong dulu ke sebelum ke sini? ” Soal Dato Khalid melihat anak lelakinya menonong begitu sahaja berjalan ke dapur.

“ Haah ayah ” Jawab Jasmin. Dia tersenyum melihat Hayyan datang ke arahnya.

Emiir kembali ke ruang tamu. Dia menyalami kedua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum menghenyak punggung di sebelah Jasmin.

“ Pak ngah. Lama Yen tak jumpa pak ngah ” Ujar anak kecik itu mahu turun dari sofa.

“ Sorry. Pak ngah dengan mak ngah busy sikit lately ni ” Emiir mengangkat Hayyan duduk di ribanya.

“ Kenapa perut mak ngah besar pak ngah? ” Soal Hayyan. Mata tidak lepas daripada memandang perut besar Jasmin.

“ Sebab ada baby dalam tu ” Beritahu Emiir tersengih. Dia memandang wajah Jasmin sekilas.

“ Ha? Macam mana baby boleh duduk dalam tu? ” Soal Hayyan lagi. Dia mahu tahu. Dato Khalid dan Datin Sarina tergelak mendengar soalan itu. Pandai-pandailah kamu laki bini menjawab.

“ Yen, Yen nak rasa baby gerak tak? Sini ” Panggil Jasmin menarik tangan kecil anak itu lalu digosokkan perlahan di perutnya. Hayyan senyum teruja apabila dia dapat rasakan sesuatu bergerak dari dalam perut mak ngahnya.

“ Wow. Baby berlari ke mak ngah? ”

“ Haah. Baby tengah rehearsal berlari dalam perut mak ngah. Nanti baby keluar, Yen boleh ajak baby main lari-lari. Main ultramen. Best kan? ” Jawab Emiir teruja. Jasmin diam sahaja mendengar jawapan itu. Apa-apa je lah Emiir.

Hayyan mengangguk teruja bersama sengihan lebar di bibir apabila mendengar jawapan dari Emiir. Tak sabarnya nak main dengan baby!

“ Dah tahu gender ke? ” Tanya Datin Sarina.

“ Belum lagi bonda. Next check up baru nak suruh doktor bagitahu hehe ” Jawab Emiir dengan sengihan.

“ Harap dapat boboy la. Kalau tak kemaruk si Hayyan tu nak dapat geng ”

“ Hahaha insyaAllah bonda. Jas pun rasa baby boy ” Kata Jasmin. Naluri bakal seorang ibu la katakan.

“ Kalau dapat girl pun tak apa. Nanti next year try boy pula. Kan sayang? ” Sampuk Emiir mengenyit pada Jasmin.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now