Cintanya kepada lelaki itu terlalu mendalam hingga sanggup lakukan apa sahaja termasuk kahwin dengan lelaki itu secara tiba-tiba. Hanya lelaki itu yang dia mahu miliki.
Setelah disakiti bakal tunang, lelaki itu mahu membalas apa yang dia rasa dengan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
“ WAH banyaknya barang. Mama papa pergi supermarket ke? ” Tanya Jasmin sebaik sahaja tiba di ruang dapur. Dia melihat mama dan adiknya sedang menyusun susu di dalam peti.
Dahinya berkerut melihat susu-susu kotak itu. Emiir ada di sini kah?
“ Nah ” Aqil hulur sekotak aiskrim durian kepada Jasmin.
“ Akak minta Aqil belikan satu je bukan sekotak ” Jasmin tergelak kecil. Lain macam adiknya ni.
“ Bukan Aqil yang beli ”
“ La habis tu siapa? Papa eh ” Soal Jasmin sedang menikmati aiskrim itu. Sedapnya!
Aqil diam membisu.
“ Aqil, kakak tanya ni. Siapa yang belikan semua barang ni? ” Soal Jasmin tidak puas hati apabila melihat adiknya memulaukan soalannya.
“ Suami Jas la yang belikan ” Jawab Puan Asma.
“ Kenapa dia belikan untuk keluarga kita? ” Jasmin menyoal menyampah.
“ Emiir pun keluarga kita juga ” Jasmin mengguling bola matanya mendengar balasan mamanya.
“ Ye lah. Aqil tolong simpan aiskrim ni. Akak nak makan satu je ” Dia menolak kotak aiskrim itu sedikit. Nak makan satu la konon. Tangan kanan sedang disuakan di mulut mengulum aiskrim. Tangan kiri memegang aiskrim lalu disorokkan di belakang badan.
“ Nak pergi mana Jas? ” Puan Asma melihat anaknya berjalan keluar dari ruang dapur.
“ Jangan lupa turun dinner ” Pesan Puan Asma. Jasmin mengangguk.
Di pertengahan jalan, tiba-tiba otaknya terlintas sesuatu.
‘ Entah-entah dia ada dekat sini ’ Dia menggeleng kepalanya perlahan.
Sebaik sahaja sampai di pintu biliknya, pintu bilik Aqil terbuka dan tubuh Emiir keluar dari situ. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain sebelum Jasmin cepat-cepat masuk ke dalam biliknya.
Sudah lama dia tidak bersua dengan isterinya. Jiwa nya semakin meronta-ronta mahukan wanita itu. Jantungnya berdetak laju apabila melihat sosok tubuh isterinya.
Dia cuba mengetuk pintu bilik Jasmin kemudian memulas tombol pintu itu. Namun, dikunci dari dalam.
“ Sayang buka pintu ni please. Abang nak jumpa isteri abang. Abang rindu sangat-sangat ” Luahnya di muka pintu itu.
Jasmin diam di birai katil. Hatinya masih sakit dengan apa yang berlaku lagi-lagi dengan penipuan Emiir.
“ Saya tak nak jumpa awak. Balik lah ” Balas Jasmin kasar.
“ Ya, nanti abang balik tapi bagi lah abang jumpa sayang dulu ” Pinta Emiir lagi.
“ Awak tak faham bahasa ke? Saya tak nak jumpa awak! ”