3

819 17 0
                                    

CUKUPLAH lima hari mereka sekeluarga bercuti di Hatyai, kini mereka dalam perjalanan pulang ke tanah air semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CUKUPLAH lima hari mereka sekeluarga bercuti di Hatyai, kini mereka dalam perjalanan pulang ke tanah air semula. Bosan memandang ke luar tingkap melihat awan, Emiir membuka aplikasi instagram dan terdapat beberapa permintaan untuk mengikutinya di laman notifikasi instagram tersebut.

Jarinya menekan di salah satu akaun yang menggunakan nama ' FayeEstelle ' . Berkerut keningnya. Peliknya nama. Dia melihat pula pengikut akaun tersebut, dua orang tetapi tidak boleh dilihat pengikut akaun itu kerana akaun itu telah ditetapkan sebagai akaun peribadi. Patutlah, akaun baharu!

Malas berfikir dia terus menerima semua permintaan itu sebagai pengikutnya. Selepas itu, dia memuat naik tiga keping gambar ke instagramnya itu.

Gambar-gambar dia berada di sebuah galeri di Hatyai. Gambar pertama, dia sedang membelakangi kamera sambil melihat lukisan yang tergantung di situ. Gambar kedua, hanya gambar ruang galeri itu sahaja. Gambar terakhir, gambarnya dan separuh badan seorang wanita sedang memandang sebuah lukisan yang menggambarkan tentang cinta.

" Pak ngah, teman Yen pergi toilet, boleh? " Anak saudaranya yang berusia 4 tahun minta diteman ke tandas.

" Bila Yen bangun? Pak ngah tak perasan pun " Sangkanya anak buahnya itu masih lena di sebelah.

" Baru je cebab Yen nak terkencing. Cepat lah pak ngah " Gesa Hayyan menarik lengan pak ngahnya.

" Ye Yen, kejap " Cepat-cepat Emiir meletak headphonenya sebelum tangannya laju ditarik Hayyan. Aih budak kecil ni!

" Yen lambat lagi ke? Tadi Yen cakap 3 minit je, ni dah jadi 15 minit dah ni Yen oi "

" Cabar la pak ngah Yen raca macam nak beyak pula ni " Ujar Hayyan apabila dia mendengar keluhan dari pak ngahnya. Patutlah lama dia duduk atas mangkuk tandas tu.

" Mandi terus je lah Yen. Haih, ye lah berak lah puas-puas " Emiir memeluk tubuhnya menunggu anak kecil itu selesai sebelum hidungnya dimasuki aroma terapi semula jadi.

" Pak ngah Yen dah ciap. Tolong bacuhkan beyak Yen " Tergamam Emiir di situ. Basuh berak? Abang dan kakak iparnya tak ajar ke anak mereka basuh berak?

" Yen, Yen tak reti basuh berak lagi ke? Yen kan dah besar. Mommy dengan daddy Yen tak ajar ke? " Soalnya hampir mual sambil mata melihat anak itu turun dari mangkuk tandas.

" Daddy cakap kalau Yen ajak pak ngah teman Yen beyak, pak ngah yang kena bacuhkan beyak Yen " Balas Hayyan polos melihat wajah berkerut bapa saudaranya yang sedang menutup hidung.

" Yen kenapa Yen tak flush dulu? Tak malu ke pak ngah tengok tahi Yen? "

" Corry pak ngah, Yen lupa. Cepatlah pak ngah bacuhkan beyak Yen "

" Ye kejap "

Selesai sahaja urusan di tandas, mereka berdua kembali ke tempat duduk mereka tadi. Maka, bermulalah celoteh Hayyan. Emiir sekadar melayan sahajalah celoteh budak kecil itu.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now