22

751 14 0
                                    

“ ASSALAMUALAIKUM abang– ” Belum sempat dia mahu menghabiskan sapaannya, langkah terhenti secara tidak sengaja saat membuka pintu pejabat suaminya apabila melihat Sofiya sedang membetulkan tali leher suaminya

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

ASSALAMUALAIKUM abang– ” Belum sempat dia mahu menghabiskan sapaannya, langkah terhenti secara tidak sengaja saat membuka pintu pejabat suaminya apabila melihat Sofiya sedang membetulkan tali leher suaminya. Kedudukan mereka sangat dekat. Hatinya serta merta membuak-buak rasa geram dan amarah!

Dia menapak perlahan ke arah mereka berdua yang terkaku melihat kedatangannya. Tidak berkelip dia melihat Emiir dan Sofiya bersilih ganti. Apa semua ni? Apa yang Emiir dan Sofiya cuba buat?

“ Jasmin ” Tegur Emiir sebelum dia menjauhkan dirinya dari Sofiya. Baru dia sedar kedudukan mereka agak rapat.

“ Sofi, kau buat apa dekat sini? Dalam office suami aku? ” Tegas Jasmin bertanya. Dia sedang menahan emosi dan cemburunya saat ini.

“ Jas.... Jasmin.... Ka... Kau jangan salah faham aku datang sebab urusan kerja. Sekali lagi company kita orang ada handle projek sekali ” Tergagap-gagap Sofiya memberi respon apabila melihat riak wajah Jasmin yang tegang seperti sedang menahan emosi.

“ Perlu ke pegang-pegang macam tu? Emiir tu suami aku ” Laju dia menapak berdiri di sebelah Emiir. Memaut lengan suaminya.

“ Tadi, Sofi cuma nak betulkan tali leher aku je ” Jelas Emiir namun mengundang tawa hambar Jasmin. Sofiya mengangguk setuju tak lebih dari itu sebab dia perasan tali leher Emiir sedikit senget. Dia cuma mahu membetulkan sahaja.

“ Biar betul? Abang tak boleh betulkan sendiri ke? ” Dia menyoal lembut suaminya dan memandang ke dalam mata suaminya yang sedikit tinggi darinya.

“ Emiir tak perasan jadi aku lah yang tolong ” Sampuk Sofiya. Jasmin berpaling memandangnya tajam.

“ Kau diam! Aku tengah bercakap dengan suami aku sekarang ni. Kau jangan nak menyampuk ” Marahnya kepada Sofiya. Sofiya terus senyap apabila ditengking kuat begitu.

Emiir menghela nafas berat.

“ Stop it Jasmin. Takkan benda macam ni pun kau nak cemburu kot. I'm yours. Lupa ke? ” Emiir memandang Jasmin dengan wajah menyampah.

“ Mestilah Jas cemburu bila ada perempuan lain yang dekat dengan abang apatah lagi sentuh abang lagi-lagi orang tu kawan baik Jas sendiri ” Tutur Jasmin mengutarakan isi hatinya. Mata memandang tajam Sofiya yang dari tadi mendiamkan diri setelah ditengkingnya.

“ Take it easy Jasmin. Sofi cuma tolong aku betulkan tali leher ni je. Tak lebih dari tu ” Emiir cuba memujuk isterinya. Dia memegang lembut bahu itu dan memandang wajah redup isterinya. Harap hati wanita itu terpujuk dan sejuk dengan kata-kata lembutnya.

“ Okay. I trust you abang but i'm sulking with you! ” Ujar Jasmin seraya memeluk tubuh. Tidak hirau dengan keberadaan Sofiya yang masih di situ dan melihat adegannya dengan Emiir. Namun, hatinya lega apabila Emiir bercakap dan memujuknya dengan nada lembut begitu. Hatinya betul-betul mudah terusik dengan nada lembut dari lelaki itu.

Hatimu MilikkuOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz