15

919 18 0
                                    

“ PAPA, Eva minta maaf sebab dah buat keputusan macam ni ” Sebaik sahaja pulang dari rumah keluarga Emiir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAPA, Eva minta maaf sebab dah buat keputusan macam ni ” Sebaik sahaja pulang dari rumah keluarga Emiir. Eva terus menerpa ke arah papanya dan langsung meminta maaf sekali lagi.

“ Papa tak boleh nak buat apa tentang perasaan kamu Eva. Walaupun papa kecewa dengan keputusan kamu, papa tak mampu nak menghalang kebahagiaan kamu kerana kebahagiaan kamu adalah kebahagiaan papa. Kamu satu-satunya harta yang paling berharga yang papa ada sekarang selepas mama tinggalkan kita. Jadi, teruskan lah dengan keputusan yang kamu buat ni. Papa takkan halang ” Panjang lebar Dato Khairul berkata mengundang sebak di hati Eva.

“ Terima kasih papa. Eva rasa bersalah sangat dengan papa. Eva minta maaf buat papa kecewa dengan Eva ” Eva menitiskan air matanya mendengar butir bicara daripada Dato Khairul. Dia memegang tangan kasar papanya lalu dicium lama.

“ Yang paling kecewa sekarang adalah Emiir, Eva. Eva patut minta maaf dengan dia bukan papa ” Eva mengangkat wajahnya memandang wajah itu.

“ Yes, I will ask his forgiveness ”

“ Okay la kalau macam tu papa nak naik bilik dulu ” Dato Khairul menuju ke tingkat atas meninggalkan anaknya itu sendiri di ruang tamu.

“ Good night, pa ”

“ YOW my brotherhood

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YOW my brotherhood. Okay tak pagi ni? ” Zulfan selamba masuk ke dalam pejabat Emiir lalu menepuk perlahan bahu lelaki itu.

“ Okay. Nothing to be sad ” Balas Emiir selamba sambil tangan cekap menaip sesuatu di laptop.

“ Fuh bergaya ah kau hari ni Miir ” Puji Zulfan mengundang senyum senget dari Emiir namun mata masih fokus pada pekerjaannya.

“ Kau nak gula-gula ke Zul? Nanti aku bawa kau pergi kedai runcit eh ”

Zulfan ketawa kecil. Ingat dia si budak Hayyan tu ke?

“ Tak lah, aku cuma nak tahu something je dari kau.... ” Ujar Zulfan meleret sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.

“ Hmm... Tak sangka kau ni tergolong dari persatuan makcik bawang eh suka bergosip ”

“ Bukan bergosip la cuma aku caring la pasal sepupu kesayangan aku ni. Nak tahu juga Miir, siapa perempuan tu? Plishh ” Emiir mengeluh dengan sikap gedik sepupunya itu. Lantas dia memandang muka Zulfan. Rasa macam nak hayun pelempang aja tengok muka gedik itu.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now