11

734 14 0
                                    

TING! Ting! Ting!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TING! Ting! Ting!

Telefonnya berbunyi menandakan terdapat beberapa mesej masuk, laju sahaja tangan itu mencapai ingin membuka mesej tersebut.

Buka sahaja mesej daripada Whatsapp, tahulah dia siapa yang menghantar mesej kepadanya.

Bukan pesanan, tetapi gambar. Dia melihat 3 keping gambar yang dihantar itu. Gambar Hayyan yang tersengih di taman dan makan aiskrim.Emiir tersenyum. Comelnya Hayyan tersengih dengan gigi rongak begitu.

Dan dia melihat gambar ketiga, gambar selfie Jasmin. Mendatar sahaja wajah itu melihat gambar tersebut. Entah apa yang dia rasa diri sendiri pun tidak tahu.

Sedang ralit dia melihat gambar-gambar tersebut, mesej dari orang yang sama masuk lagi.

J : Comel kan Yen. Comel macam kau

J : Lupa nak bagitahu, aunty ada ajak aku datang rumah kau nanti birthday party Yen

J : Aku harap kau tak kisah

Dia membalas mesej itu.

E : Tahu. Bonda ada bagitahu. Kalau aku kisah pun apa aku boleh buat bukan aku mem besar dalam rumah tu. Lagipun bonda yang ajak kau bukan aku.

E : menyibuk aje kerja kau kan 😒

J : Tak apa. Dengan menyibuk macam tu la aku ada peluang untuk dekat dengan kau 😘

Emiir melihat sahaja mesej terakhir itu sebelum dia meletakkan telefonnya di sisi katil.

“ Macam mana lah aku nak bagi kau sedar ya Jasmin yang aku langsung tak tertarik dengan kau ” Omelnya sendiri, fikiran teringat gambar selfie Jasmin yang dilihatnya tadi.

“ Aku rasa tak salah untuk aku tukar majlis pertunangan jadi majlis perkahwinan ” Fikirnya mahu mempercepatkan status hubungannya dengan Eva agar menjadi suami isteri yang sah. Dia yakin bahawa dia sudah sedia memikul tanggungjawab yang besar selepas menikahi Eva. Harap gadis itu bersetuju dengan cadangannya.

“ Dan mungkin Jasmin takkan ganggu aku dengan family aku lagi. Selagi aku tak tunjuk yang aku dah jadi milik orang lain selagi itu lah dia datang menempel. Huh ” Dia mengeluh sendiri apabila mengingatkan kembali Jasmin yang dari dulu sibuk sahaja mahu dekat dengannya. Rimas dibuatnya.

Ktak...

Tiba-tiba bunyi pintu dibuka. Dia menoleh melihat orang yang masuk kebiliknya itu. Hayyan dengan patung katak di tangan. Jelas mukanya seperti dalam mamai. Dah kenapa pula datang ke biliknya malam-malam buta begini?

“ Yen, kenapa ni? ” Soal Emiir apabila Hayyan berusaha naik ke atas katilnya. Dia membantu anak itu duduk di sebelahnya.

“ Yen nak tidur dengan pak ngah. Yen takut tidur dekat bilik tu ” Ujar Hayyan menggosok matanya yang masih mengantuk.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now