29

900 14 0
                                    

" AKU tak faham betul la dengan kau ni Miir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" AKU tak faham betul la dengan kau ni Miir. Asal nak berahsia sangat dengan aku. Baik kau bagitahu aku apa masalah kau dengan Zafri sebenarnya sebelum aku bagitahu Jasmin yang muka kau lebam macam ni sebab bertumbuk dengan mamat tu " Ugut Zulfan sambil tangannya menyapu ubat pada wajah Emiir.

Emiir mendesis sakit apabila Zulfan sengaja menekan pada lukanya. Dia menjeling Zulfan.

" Benda tu tak penting pun aku nak bagitahu kau lagipun benda dah lama jadi "

" Benda tu tak penting. Benda tu dah lama jadi. Tengkorak kau! Kalau macam tu asal kau bertumbuk dengan dia lagi setiap kali jumpa? " Zulfan mengajuk apa yang dikata Emiir. Geram betul dengan sikap Emiir yang satu ini.

" Okay aku bagitahu. Kau nak tahu sangat kan " Emiir merengus sebelum membuka ceritanya.

Zulfan menadah telinga. Teruja pula mahu tahu rahsia sepupunya ini.

" Aku pernah couple dengan Sofi dulu- "

" What!? " Zulfan menutup mulutnya yang ternganga tidak percaya. Patutlah Emiir nampak tertarik dengan Sofiya ketika mereka bertemu kembali pada tempoh hari. Inilah sebabnya. Cinta lama.

" Sabarlah "

" Ya ya sorry aku terkejut sangat. Macam tak sangka "

" Kita orang couple dari zaman kita sekolah lagi. Kita orang couple senyap-senyap tak ada siapa tahu pun termasuk Jasmin. Kau pun tahu kan dia stalker aku dari dulu sampai sekarang dan dia pun tak pernah tahu pasal ni " Kedengaran gelak halus dari Emiir apabila teringat kembali Jasmin yang suka menempel dengannya dan mahu tahu semua benda tentangnya.

" Habistu apa kaitan dengan Zafri? Pelik-pelik je lah kau orang ni " Cantas Zulfan menggeleng perlahan.

" Cerita aku tak habis lagi. Sibuk nak menyampuk "

" Dalam masa yang sama, Zafri cuba mengorat Sofi dan aku perasan Sofi makin lama makin nak jauhkan diri dari aku. Bila aku tanya kenapa dia jauhkan diri dari aku dia tak jawab dan dia blah macam tu je. Aku pelik tengok cara dia layan aku, mesej aku. Lain dari sebelum ni "

Emiir mengambil nafas seketika sebelum menyambung. Zulfan setia menadah telinganya.

" Suatu hari aku nampak dia berbual dengan Zafri dan aku pergi tegur dia orang. Kau tahu apa Sofi cakap? Dia nak break dengan aku sebab dia dah couple dengan Zafri " Emiir tergelak kecil. Rasa betapa bodohnya dulu couple zaman sekolah yang langsung tiada arah tuju. Spender pun bonda ayahnya yang belikan. Ada hati nak couple.

" Then, aku tak cakap banyak. Aku setuju je lah dengan keputusan Sofi. Aku baru sedar cinta zaman sekolah ni merugikan masa aku dan aku nak fokus spm "

" Then kau orang break macam tu je lah? " Tanya Zulfan. Emiir mengangguk.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now