19

732 17 0
                                    

HARI ini merupakan hari terakhir mereka di Korea, tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum mereka kembali ke Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI ini merupakan hari terakhir mereka di Korea, tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum mereka kembali ke Malaysia.

Dalam masa 3 hari cukup untuk mereka berdua meluangkan masa bersama dengan melawati tempat-tempat menarik di Korea.

“ Emir! ” Laung Jasmin di dalam bilik air. Emiir yang sedang mengemas barang-barangnya menyahut.

“ What? ”

“ Tolong aku boleh tak? ” Kepala terjengul di daun pintu tandas. Emiir pergi mendekati.

“ Tolong apa? ” Soalnya mendatar.

“ Ambilkan pad aku dalam tas tangan aku atas sofa sana ” Jari nya menghala ke arah sebuah beg tangan di atas sofa sebelah sliding door.

Emiir menghampiri sofa tersebut lalu mengambil pad yang diberitahu Jasmin tadi.

“ Nah ” Dia menghulur dan disambut cepat oleh Jasmin namun dia tidak melepaskan pad itu pada tangannya.

“ Kenapa? Bagi lah ” Marah Jasmin. Emiir senyum senget.

“ Tak nak aku pakaikan ke? ” Jasmin memandang jengkel lalu merebut kuat pad itu di tangan Emiir.

Di saat-saat genting begini boleh pula dia ajak bergurau. Emiir pula ketawa kuat melihat respon dari riak wajah Jasmin tadi. Kemudian, dia menyambung semula kerjanya sebentar tadi.

Seketika telefonnya berbunyi, nama Zulfan dilihatnya sekilas sebelum dia meleret butang hijau.

“ Hello ” Sapanya ringkas.

“ Hello pengantin baru. Bila flight? ” Pemanggil menyoal ceria.

“ Dalam pukul 9:30 macam tu. Kenapa? Tak sabar nak jumpa aku ke? Rindu? ”

“ Rindu dekat kau? Memang tak la. Ni, aku nak tanya balik ni boleh bawa hasil tak? ”

“ Hasil? Hasil apa? ” Soal Emiir. Tidak mengerti.

“ Bengap la kau ni. Jasmin la ”

“ Kenapa dengan dia? ” Zulfan menepuk dahi. Slow betul la sepupu dia seorang ni.

“ Malas aku. Kau faham-faham lah sendiri. By the way aku nak cakap projek kita dekat Dungun tu dah hampir selesai so lepasni aku tak selalu datang office kau dah la ” Ujar Zulfan acah sedih sambil mengelap air mata halimunannya.

“ Eleh acah sedih pula. Bukan ke next projek baru papa kau handle juga ke dan semestinya kau pun terlibat sama ”

“ Memang la tapi ada satu lagi syarikat yang akan bantu kita dalam projek tu ”

“ Syarikat? Syarikat mana pula? Ayah tak ada bagitahu apa-apa pun pasal ni. Setahu aku projek ni antara kerjasama papa kau dengan ayah aku je, dari mana pula datang kerjasama dari syarikat lain? ”

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now