6

697 12 0
                                    

“ CIK Jasmin ada? ” Sapa Emiir kepada pekerja di situ sebaik sahaja dia masuk ke dalam galeri Jasmin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CIK Jasmin ada? ” Sapa Emiir kepada pekerja di situ sebaik sahaja dia masuk ke dalam galeri Jasmin. Mukanya kelihatan serius sahaja ketika ini. Dia mahu berjumpa dengan Jasmin yang berani datang ke rumah keluarganya.

“ Dia ada dekat pejabat. Encik siapa ya? ” Soal pekerja itu.

“ Saya Emiir, cakap dekat dia saya nak jumpa dia sekarang ” Tegas suara itu.

“ Sekejap ye, encik boleh duduk dekat sofa sana dulu ” Emiir sekadar mengangguk lalu melabuhkan duduk di atas sofa yang ditunjukkan pekerja itu seketika sebelum pekerja tadi datang semula.

“ Jemput masuk Encik Emiir ”

“ Thank you ”

Melangkah masuk sahaja ke dalam bilik pejabat wanita itu, rongga hidungnya terus rasa padat dengan wangian Jasmin yang memenuhi ruang bilik itu. Pagi tadi mandi perfume ke apa perempuan ni atau dia basuh bilik ini dengan perfume? Ah, tak kisahlah. Dia datang sini bukan mahu mengambil tahu pasal bau.

“ Wau tak sangka kau datang jumpa aku. Dah mula suka aku ke? ” Emiir merenung sahaja Jasmin yang melontarkan senyuman manis kepadanya namun langsung tidak terniat di hati mahu membalas semula senyuman itu.

“ Lah... Kenapa tengok aku macam tu. Jemput la duduk ” Emiir melabuhkan duduknya dengan wajah yang mendatar.

“ Ada apa nak jumpa aku? Rindu ke? Sorry la kebelakangan ni aku sibuk sikit, tak sempat nak jenguk kau dekat office ” Ujarnya selamba.

“ Kuat betul kau berangan. Aku datang sini bukan sebab rindu kau Jasmin. Sikit pun tak. Aku datang sini nak beritahu kau, jangan lagi sesekali kau datang rumah aku, jumpa family aku. Stop la ganggu aku Jasmin ”

“ Tapi aku cuma nak kenal bonda kau je. Tak salahkan nak kenal bakal mak mentua sendiri tapi sayang ayah kau tak ada masa aku datang haritu. By the way, kau dah makan puding trifle aku buat? Macam mana? Sedap? ”

Emiir ketawa sinis sebelum dia melontarkan kata-kata pedasnya.

“ Tak cukup dengan aku kau nak ganggu, family aku pun kau nak ganggu?  Sekarang apa masalah kau?  Asal kau terhegeh-hegeh sangat nak dekat dengan bonda aku family aku? Stop it Jasmin sebelum aku sendiri yang stop kan kau ” Ujaran itu berbaur amaran namun mengundang tawa sinis dari Jasmin. Apa? Ingat dia perempuan yang lemah ke yang takut dengan amaran lelaki itu?

“ Apa salahnya kalau aku nak berkenalan dengan bonda kau, family kau. Aku rasa tak ada masalah ” Jasmin mengangkat keningnya memandang Emiir.

“ Yang masalah sekarang ni aku tak suka! Kau faham tak, a.k.u t.a.k  s.u.k.a kau rapat dengan mana-mana ahli keluarga aku. Berambus lah dari hidup aku! ” Ujarnya sedikit lantang dari tadi sebelum dia buka kasar pintu pejabat itu lalu keluar dari situ.

Mata Jasmin berkaca setelah ditengking lelaki itu sambil dia mengemam bibirnya menahan agar air matanya tidak sedikit pun keluar dari kelopak mata. Dia cukup terasa dengan kata-kata lelaki itu tadi.

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now