27

1K 18 0
                                    

“ AIH masam je muka

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

AIH masam je muka. Tahu la tak dapat dinner dengan bini. Dah kalau tak nak datang kenapa datang? ” Tegur Zulfan sebaik sahaja dia sampai dan duduk di meja bersama Emiir.

“ Kau la yang suruh. Lagipun kena la jaga hati ceo company ni. Dah orang ajak kita datang la ” Balas Emiir bersahaja. Mata memandang sekeliling.

“ Cari siapa? Meliar je mata dari tadi ” Zulfan juga turut melihat sekeliling.

“ Tak ada lah. Keras betul la hati Jasmin. Aku tak tahu nak pujuk macam mana lagi ” Emiir mengadu masalah. Hanya Zulfan tempat dia meluahkan perasaan serabutnya tika ini.

“ Kau buat apa sampai dia merajuk macam tu sekali? ”

“ Aku terbuat dia cemburu ” Suara Emiir kendur. Dia tahu salah dia.

“ Padan la dengan muka kau ” Zulfan menyembur Emiir kembali. Memang patutlah Jasmin cemburu dah kalau terbuat isterinya cemburu. Kalau dia jadi Jasmin lagi teruk dia cemburu.

“ Eee kau ni. Menyesal pula aku bagitahu kau ” Emiir menjeling tajam ke arah Zulfan yang mengekek ketawa.

“ By the way apa benda yang kau buat sampai dia cemburu macam tu sekali? ” Zulfan kembali serius.

“ Hai. Kau orang ” Belum sempat apa-apa yang keluar dari mulut Emiir, Sofiya terlebih dahulu datang menyapa.

“ Hi, Sofi ” Zulfan membalas. Emiir hanya tersenyum tipis memandang gadis itu.

“ Emiir? Okay tak? ”  Sofiya menegur apabila dia perasan wajah Emiir masam.

“ Oh... Dia ada small problem sikit ” Zulfan pula yang sibuk mahu menjawab.

“ Oh... Patutlah. Jom la kita ambil makanan. Emiir, nak saya tolong ambilkan untuk awak? ” Zulfan memandang pelik dengan cara Sofiya melayan Emiir. Sepertinya dia dapat menghidu sesuatu.

“ It's okay. Dia boleh berjalan dan ambil makanan dia sendiri ” Zulfan menarik tangan sepupunya berlalu dari situ. Pelik pula tengok pandangan mereka berdua. Adakah ini punca Jasmin merajuk dengan Emiir?

“ Kau asal tak cakap 'tak apa' bila dia offer? Kau jangan cakap yang kau suka Sofi, Miir ” Sangkal Zulfan.

“ Baru aku tahu bila ada orang offer nak ambilkan makanan terus kena suka ” Perli Emiir. Tangan mencapai cupcake lalu diletakkan ke dalam pinggannya. Tiada selera mahu makan nasi.

“ Whatever la Miir. Tak, asal kau makan cupcake je ni? Tak nak nasi ke? ”

“ Tak nak lah. Tak ada selera ”

“ Hmm. Suka hati kau lah. Tolong letakkan aku punya makanan sekali. Aku nak ke toilet kejap ” Zulfan menghulur pinggannya lalu dia berjalan mencari tandas.

Emiir menyuap cupcake yang diambil sambil mata meliar mencari kelibat ayahnya. Tak datang ke?

“ Hello yah, ayah tak datang ke dinner? ”

Hatimu MilikkuWhere stories live. Discover now