AKHTAR - BAB 1✨

36K 769 34
                                    



ANGIN sempoi-sempoi bahasa menenangkan hati seorang gadis yang sedang berada di tepi tasik. Banyak perkara yang terjadi dan banyak yang harus diselesaikan dengan segera..

Tapi apa yang boleh dia lakukan? Sebagai seorang anak perempuan tunggal dia diasak oleh ibu-bapanya untuk menjadi seseorang yang terbaik dalam kalangan masyarakat.

Tapi perlu ke dia lakukan perkara yang dia tidak mahu? Segugus keluhan dilepaskan namun bibir nipisnya tersenyum manis apabila terlihat dua orang kanak-kanak perempuan berlari berkejaran dihadapannya sekarang.

Namun beberapa saat selepas itu senyumannya memudar. Alangkah indahnya jika dia mempunyai adik-beradik yang boleh bergelak ketawa, boleh bergaduh, boleh berkongsi cerita dan yang paling penting boleh mendengar luahan hatinya..

Tapi itu tidak akan terjadi. Dia bersendirian. Dia ingin sekali meluahkan segalanya tetapi tiada yang sudi mendengar. Ibunya bekerja sebagai doktor. Semestinya tiada masa untuknya. Bapanya pula bekerja sebagai pengusaha yg berjaya.

Mana kan ada masa untuknya? Dia jarang berkawan. Kerana setiap kali dia berkawan, semestinya seseorang itu hanya mengambil kesempaan diatas kesenangan dia sahaja.

Sekali lagi dia mengeluh dengan kehidupannya. Dia menutup matanya seketika untuk menenangkan jiwa serta fikiran yang kusut.

"Dah takde kerja sangat ke duk tido tepi tasik ni?"

Eh? Matanya dibuka perlahan-lahan.. Erkkk. Siapa jejaka ni? Duk tenung-tenung anak dara orang.. Dah takde keje sangat gamaknya. Kata hatinya.
Sedang dia tilik muka jejaka itu, kemudian jejaka itu bersuara lagi..

"Tch. Termenung pulak? Tu la orang kata, petang-petang ni jangan tido lama sngat. Kan kepala dah mereng."

Membara rasanya hati ni. Rasa nak marah tapi kena sabar..

"Ape awak ni? Suka hati je panggil orang mereng. Yang awak tu takde tempat lain ke nak mengorat pun? Saye tak tergoda pun dengan badan sasa awk yang tak berapa sasa ni. Dah.. Pergi sana. Shuh shuhhhh."

Fuhlamak. Berani betul Aira ni bersuara. Macam dah takde hari esok gamaknya.

Jejaka tersebut agak terkejut tapi kemudiannya dia tersenyum senget. "Wow garang. Orang pendek memang garang ke?"

Wehh. Ni dah lebih. Jangan pernah sebut tentang ketinggian orang perempuan eh! Aira melopong apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut jejaka yang hensem tapi tak berapa hensem tu.

Aira yang tadi hanya duduk di kerusi terus bangun dan rapatkan diri dengan jejaka tadi. "Ehh? Suka hati awak je? Haa tengok saya pendek ke tinggi. Tinggi saya 160cm tau. Orang panggil saya galah. Awak panggil saya pendek? Serius lah?"

Sakit hati weh. Mase sekolah dulu dia lah perempuan yang paling tinggi dalam kelas tau. Tiber mamat poyo ni datang duk mengata dia pendek. Mane tak hangin satu badan..

Jejaka tersebut tersenyum sinis. Kemudian dia melangkah rapat ke arah gadis itu. Aira terkejut dan terkebelakang sedikit kerana lelaki tersebut berdiri agak rapat dengannya.

Jejaka tersebut melihat badan Aira dari atas ke bawah. Ia membuatkan pipi Aira berona merah sebab malu dengan kelakuan jejaka tersebut.

"Setakat perempuan ketot mcm kau nk acah-acah tinggi depan aku? Ni kalau kau menyorok belakang rak buku pun aku tak jumpa tau? Perasan."

Merah muka Aira. Sebab? Marah! Tadi sebab malu tapi sekarang sebab marah! Baru je dia nak bersuara untuk melawan fakta yang dilontarkan oleh jejaka tersebut, deringan telefon sang jejaka itu mematikan perbuatannya

Jejaka tersebut terus mengambil telefon dari poketnya dan sempat keningnya berkerut halus sebelum dia menjawab telefon tersebut.

"Ok ma sweetheart. I will be home right now. No no don't ever you membebel eh. I just be out for 30 minutes and now you're miss me already? Aw such a sweet of you. Yeah alright i'm be home right now. Assalamualaikum."

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now