AKHTAR - BAB 26✨

13.4K 504 9
                                    




SUNYI. Itulah keadaan mereka di dalam kereta. Raqif hanya fokus memandu manakala Akira selalu mengintai Raqif dari hujung matanya. Dia menggenggam kedua tangannya.

Kenapa rasa berpeluh ni? Padahal duk dalam aircond. Ke sebab AbangQif hot sangat? Ish.

Raqif mengerling sekilas ke arah Akira. Tahu. Dia tahu Akira nak cakap sesuatu tapi dia tak hirau. Masih lagi terasa dngan percakapan Akira yang menganggapnya 'orang luar'.

Akira tak tahan. Dia kena pecahkan keheningan ni. "Err Abang Qif nak bawak Akira kemana ni?" Raqif berdehem.

"Takkan tak kenal jalan kerumah sendiri." Akira mengetap bibir. AbangQif masih dingin dengannya..

"Tapi Akira taknak balik lagi.. Akira ingat nak keluar jap petang ni nak ambik angin.."

Raqif menjeling sekilas. "Kalau macam tu abang hantar Akira kerumah abi lepas tu Akira keluar la dengan Akhmal."

"Tapi.. Akira nak keluar dengan abang." Aish lantak lah nak cakap tak malu pun. Dah rindu sangat dah ni nak gedik dengan AbgQif kiteww..

Raqif menghela nafas perlahan. "Tak boleh. Abang bukan sesiapa bagi Akira. Abang hanya orang luar. Tak boleh la sesuka hati bawak anak dara orang keluar.."

DUM! Ayat yang sama yang dilontarkan oleh Akira kepada Raqif dulu. Akira menunduk. Dia tahu itu salah dia. Macam mana nak pujuk Raqif ni..

"Tapi abang-" Tak sempat dia nak bercakap, kedengaran telefon Raqif berbunyi tanda mesej masuk. Dia memandang sekilas kearah skrin Raqif.

Agak kecewa apabila terpapar nama 'My Love' dalam telefon Raqif.. Akira menunduk.. Abgqif.. dah ada buah hati ke?

Raqif mengerling sekilas kemudian dia mengambil telefonnya. Dia menutup kembali telefonnya.

"Kenapa tak balas?"

Raqif melihat cermin sisi sebelum membuat pusingan u-turn. "Kan tengah bawak kereta ni. Nak balas macam mana?" Dingin sahaja suara Raqif.

Akira menghela nafas. Takpela. Raqif dah kepunyaan orang. Memang wajarlah dia bersikap dingin dengannya. Akira diam selepas itu sehingga dia sampai kerumahnya..

*:・゚*:・゚

"TERIMA kasih abang sebab sudi hantar Akira. Tapi lepasni kalau angah minta tolong abang ambik Akira, abang tak perlu lah susah-susah. Akira boleh balik dengan kawan je pasni. Thanks anyway."

Akira senyum sedikit kemudian terus menonong masuk kerumahnya. Raqif meraup wajahnya. Aihh.

Dia mengerling telefonnya yang berbunyi. Nama 'My Love' kelihatan. Raqif terus mnjawab call tersebut. "Sorry mama tadi Aqif tengah memandu. Nanti Aqif buka whatsapp mama.." Terus dia matikan panggilan. Dia mengerling sekilas ke bilik tidur Akira.

"Tch. Mesti Akira salah faham.." Gumamnya.

*:・゚*:・゚

SEDANG dia fokus melakukan kerja, dia rasa seperti diperhati. Terus dia berpaling kearah katil. Dia mengecilkan kedua matanya. Kelihatan isterinya tersengih sambil mengedipkan mata berulang kali.

Akhtar sembunyi senyum. Aihh. Dia buat muka comel depan aku. Dengan gaun tidur seksinya yang separas paha. Melemahkan iman betul la.

"Abangggg. Buat pe tuu?" Akhtar menjeling. Mula la tu nak kacau orang. "Buat kerja la sayang. Banyak tertunggak ni sebab cuti kahwin haritu.."

Akhtar masih fokus menaip laptop. Banyak perkara yang kena buat. Budak kecik ni pulak asyik nak perhatian je ish!

Aira mengangguk. "Ooo kalau Aira nak kacau bolehh?"

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now