AKHTAR - BAB 24✨

19.8K 605 13
                                    



"SAMPAI hati abang pecahkan rahsia. Nasib baik abi tak marah Aira tau." Akhtar tersengih. Dia mencium kekura tangan Aira yang berada dalam genggamannya.

Sekarang mereka berada didalam kereta untuk menuju ke AKH's Gallery.. Budak tecik ni la yang nak pergi sangat.

"Abang kenal lah abi abang tu. Semarah-marah dia, dia takkan menengking menantunya. Jangan risau la sayang.." Sempat Akhtar mencuit hidung mancung Aira. Aira mencebik lalu mencium kekura tangan Akhtar. Begitulah rutin mereka apabila berada di dalam kereta.

"Suka?" Aira yang fokus melihat ke luar tingkap kereta tadi terus mengalih tumpuannya melihat suaminya yanv sedang memandu. Aira berkerut. "Suka apa abang?"

Akhtar mengerling isterinya sepintas lalu. Tak boleh lama-lama. Tengah memandu ni. Kang terbabas naya je!

"Suka tak kita pakai warna baju yang sedondon harini?" Aira sengih lalu laju mengangguk. Mereka memakai baju wrna putih harini. Sepadan! Nampak berseri sahaja.

Akhtar dah belajar sikit-sikit. Dia dah google cara nak ambil hati isteri yang perangai kekanakan. Baru 23 hmm memang wajarlah manja dan tak matang..

Akhtar menggeleng perlahan. Mampuslah aku kalau dia pilih warna merah jambu. Takkan nak pakai wrna tu jugak? Ish aku rela pakai maskot arnab tu kalau macam tu lah gayanya.

*:・゚*:・゚

"WAHH besarnya gallery abang.." Kata Aira smbil menepuk tangan. Akhtar menjeling perlahan. "Dah nama pun gallery. Memang la besar. Ish sayang ni pun.." Akhtar mencabut tali pinggang yg dipakainya. Lalu terus mendongak melihat Aira. Dah muncung dah awek dia..

Dia merapati Aira lalu terus melekapkan bibirnya ke hujung bibir muncung itu. Lama. Dia sendiri yang merungkaikan ciuman itu setelah selesai mencabut tali pinggang Aira. Akhtar membetulkan sedikit awning bawal isterinya.

"Taknaklah memuncung macam tu. Kang dalam kereta jugak abang gomolkan. Nak?" Aira pun terus ish ish memukul perlahan tangan Akhtar. Akhtar tergelak perlahan.

"Dah jom. Kita masuk. Mesti sayang suka tengok art kat sini.." Aira tersenyum. Tak sabarnya nak dating dengan Abang Akhtar..

Akhtar keluar dari kereta dengan langkah sedikit laju menuju ke pintu kereta Aira. Terkejut Aira apabila pintu dibuka dari luar.. "Abang.." Terharu sungguh dia.. Akhtar tersenyum. Dihulurkan tangan kepada Aira.

"Come. Abang pimpin. Nanti sayang hilang. Sayang tu dahlah pendek." Aira menjeling. Ceh baru je nak sweet terus annoying. Nyampah.

Aira menyambut huluran itu dan terus tersenyum gembira. Sempat dia mencium sekilas pipi Akhtar. Akhtar memandang sekeliling. "Sayang.. Behave. Kalau pekerja abang nampak macam mana?" Isterinya ini. Kat mana-mana pun jadi. Haish!

Aira tersengih. "Hehe sowyyyy abang. Janji tak buat dahh..." Akhtar senyum lalu mengelus kepala Aira. Mereka berjalan berpimpin tangan ke pintu gallery.

"Abang abang.." Aira menggoyangkan tangan Akhtar. "Ye sayang."

"Betul ke abang bawak kereta melebihi had hanya untuk berjumpa Aira masa dekat pantai tu?" Akhtar mengerling sekilas. "Yup."

Aira tersengih gatal. "Hehe kenaperr? Aira penting ke bagi abangg?" Akhtar senyum menunduk kepada pekerja yanv menyapanya. Aira juga senyum menunduk kepada mereka. "Abang.." Menggogoi Aira. Cis! Buat tak tahu je orang bercakap dengan dia!

"Haa kat situ konfirm banyak lukisan yang sayang minat." Kata Akhtar sambil jari telunjuknya menunjukkan ke satu sudut yg mempunyai banyak lukisan. Aira mengembungkan pipinya. Takpelah. Palau la lagi. Memang saya suka dipalau..

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now