AKHTAR - BAB 22✨

16K 521 4
                                    




TERHENTI lamunan Akira setelah merasakan sofa sebelahnya tenggelam. Akira senyum sedikit melihat kakak iparnya yang datang dengan kuaci dan kerepek.

"Tak best lah tengok drama tanpa makanan. Sebab tu akak bawak makanan untuk Akira.." Akira senyum sambil menghela nafas.

"Akira okay?" Akira mengerling kearah kakak iparnya. "Kenapa akak tanya macam tu?" Aira senyum nipis.

"Come on la. Akak ni hantu drama dan movie tau. Akak dapat tahu sama ade seseorang tu fokus atau tidak semasa menonton hanya memalui panahan matanya.." Akira tunduk.

Kebiasaannya Akira hanya pendam sahaja masalah. Dia jarang menceritakan apapun kepada sesiapa. Dia selalu mnunjukkan sisi cerianya kepada keluarganya padahal dia selalu menangis seorang diri dalam biliknya.

Aira yang perasan riak mendung adik iparnya itu terus meletakkan kerepek diatas meja. Dia merangkul erat bahu Akira kemudian dia memeluk kemas. Akira akur dan terus melentok kepala di bahu Aira. Bahunya mula terhinjut-hinjut menahan tangisan.

Aira senyum kelat. Dia mengelus bahu Akira. "Shh shh akak ada. Takpe Akira nangis je dulu. Tapi Akira kena janji Akira kena ceritakan segalanya pada akak nanti."

Akira mengangguk sambil menangis. Aira senyum. Walaupun hanya berbeza umur 2 tahun, tapi Aira tetap juga rasa bahawa Akira ini masih anak kecil.

Akira tak pernah menangis di bahu seseorang selama ini. Kerana dia agak janggal kalau menceritakan masalahnya kepada abang-abangnya atau abinya.

Dia bimbang akan menjadi bahan gelak. Maklumlah, mereka lelaki. Mesti mereka fikir yang Akira menangis kerana manja.

Dia taknak menceritakan apa-apa pada umi kerana bimbang uminya risau. Dia taknak uminya tertekan dengan perangainya.

Akhtar dan Akhmal hanya memerhati. Pertama kali melihat adiknya menangis terhinjut-hinjut seperti itu. Faham la mereka bahawa adik mereka memerlukan seseorang untuk meluahkan masalahnya. Akira memerlukan seorang kakak untuk meluahkan rasa.

Akhmal menghela nafas. Dia terus memerhati Akhtar yang tersengih. Dah pahal pulak? Kena rasuk ke ape? Dia menyenggol bahu alongnya.

"Kau kenapa long?" Akhtar tersenyum senget. Jari telunjuknya menunjukkan ke arah isterinya. "That's my girl." Dia menjungkit keningnya. Akhmal berdecit. Cis! Benci pulak tengok muka gatal alongnya tu..

*:・゚*:・゚

MASAM mencuka muka Aira. Dia berpeluk tubuh dibelakang Akhtar yang sedang menyikat rambut di cermin meja itu. Akhtar mengerling sekilas kearah isterinya melalui pantulan cermin.

"Kenapa sayang? Tengok-tengok abang macam tu.. nak terkam abang ke?" Akhtar senyum senget.

Aira makin memuncung. "Abang la! Aira dah ckap pakai baju sama warna dengan Aira. Tu ape tu. Abang pakai baju hitam. Aira pakai baju putih. Dah macam taik cicak tau?"

Akhtar ketawa perlahan. Dia terus memusingkan badannya untuk berhadapan dengan isterinya. Dia menyandar ke meja solek sambil tangannya disilang ke dada.

"Taknak la abang pakai baju putih. Nanti terkejut la mak dan pak sedare abang. Mesti diorang ingat abang pontianak." Akhtar gelak perlahan. Aira menjeling. "Habistu abang pakai baju hitam tu? Mesti diorang tak nampak abang malam ni. Malam kan gelap."

"Hitam memang warna asas bagi seorang lelaki la.. So that's not the problem at all." Akhtar menjungkit kedua bahunya. Makin masam muka Aira. Ada je nak menjawab.

"Dahlah. Suke hati abang lah." Aira terus menonong keluar. Masam mencuka wajahnya sekarang. Akhtar menggeleng. Aihh tu pun nak merajuk. Dia terus mengambil songkok dan keluar dari bilik.

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now