AKHTAR - BAB 6✨

12.9K 558 7
                                    




"PUAS hati? Huh duk paksa-paksa orang. Tak suka betul la dia ni.." Termuncung muncung bibir nipis itu membebel. Akhtar sembunyi senyum melihat wajah cemberut Aira.

Dia kembalikan telefon pintar milik Aira. Mereka masih lagi beriadah di atas rumput di hadapan tasik. Sudah hampir senja tapi mereka masih lagi menikmati ketenangan ditepian tasik ketika ini.

Aira masih lagi memuncung. Kerana apa? Kerana ayat yang dihantar oleh Akhtar yang tidak kesampaian itu menyakitkan hatinya. Ada ke patut dia pujuk dengan ayat berunsur ugutan? Ceh!
Langsung tak sweet. Taknak la share kat sini. Menyakitkan hati saja.

Akhtar tersenyum nipis apabila kedua retina matanya dipenuhi dengan wajah cemberut gadis ini. Dia kembali melihat hadapan.

"Aku masih belum tahu nama kau." Kata Akhtar tapi mata masih memandang kearah tasik. Aira tersentak seketika. Kemudian dia mengangkat wajahnya memandang jejaka bersebelahan dengannya.

Jangan risau, dia sudah letak beg tangannya di tengah. Jadi mereka tak duduk rapat okayy.

Aira senyum segaris melihat pemandangan yang indah dihadapannya. Dari tepi pun Akhtar dah hensem. Dia memerhati hidung yang mancung, bibir yang nipis kemerahan dan kening yang agak lebat itu.

Sedang dia ralit menilik hamba Allah ini, terus dia terkaku apabila iris matanya bertembung dengan panahan mata koko yang berpaling kearahnya. Akhtar beriak biasa seketika kemudian dia tersenyum senget.

"Cakap aku yang miang. Tapi sekarang kau yg tilik anak teruna orang tak lepas. So.." Akhtar merapatkan kepalanya di tepi telinga Aira.. Automatik tertutup mata Aira. Berona merah muka Aira ketika ini kerana dia tidak pernah duduk rapat dengan mana mana lelaki termasuk bapanya.

"Kahwin jom". Bisik Akhtar rapat di telinga Aira. Mata Aira yang tertutup tadi terus terbuka dan dia berganjak badannya kebelakang sedikit. Kalau tak naya je tercium bibir lelaki tadi. Sudahlah kedudukan mereka tersangat rapat.

"A..apa awak ni. Ta..tak habis habis me..merepek da..dari tadi. Dah du..dua kali ta..tau awak ca..cakap pasal kahwin ha..harini." Datang dah penyakit gagap dia.

Akhtar terus berganjak ke belakang dan ketawa terbahak-bahak. Entah apa yang kelakar tapi riak wajah gadis itu membuatkan dia terhibur. Pipi gebu yang memerah. Mata terkelip-kelip menunduk kebawah. Pakej dengan jari jemarinya bermain sesama sendiri. Sangat comel dimatanya sekarang!

"Apa salahnya kan kalau dah jodoh." Menyempat Akhtar memberi kenyitan mata apabila matanya berlanggar dengan mata Aira. Terus Aira menunduk. Membahang rasa wajahnya harini. Tak mampu nak melawan panahan mata koko tersebut.

"A..Aira.." Makin lebar senyuman Akhtar selepas mendengar suara halus tersebut. Mak aii. Lembut gila suara. Betul-betul malu ni.

Kemudian Akhtar tersenyum miang sambil menyengetkan sedikit kepalanya untuk mengintai wajah Aira yang sedang menunduk.

"Apadia nama kau? Ai ape? Ai love you?" Terus terangkat kepala Aira apabila disakat begitu. Dan makin membahang wajahnya apabila muka Akhtar terlalu rapat dengan mukanya sehingga dia dapat merasakan hembusan nafas Akhtar ke mukanya.

"Assalamualaikum. AstaghfirullahAlhazim. Apa yang kamu berdua buat ni?!"

Terkejut seketika Aira sehingga dia menolak muka Akhtar menggunakan tapak tangan kecilnya. Terus Aira melihat gerangan yg menegurnya tadi. Akhtar mengaduh sedikit angkara tangan kecil si gadis tadi yang menapak di mukanya.

Dia mengerling sebentar kearah suara yang menganggunya tadi. Terus dia menjuling iris matanya apabila melihat Zarif yang pura-pura menutup mata. Manakala Wani dah tersengih seperti kerang busuk apabila melihat kemesraan Akhtar dan Aira.

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now