AKHTAR - BAB 29✨

12.9K 473 6
                                    



KELIHATAN agak ramai orang di pasaraya ketika ini. Mana taknya, harini hujung minggu. Memang semua keluar la untuk membeli barang dapur.

Akhtar dan Aira terpaksa berhimpit didalam pasaraya tersebut. Takpe, Akhtar suke berhimpit dengan bini dia. Tersengih aje dia dari tadi.

"Abang, yang ni kene beli jugak ke?" Akhtar berfikir sebentar dan menggeleng. "Tak payah lah. Kita beli barang yang penting je. Mushroom ni tak payah lagi. Nanti kalau nak buat sup mushroom kita beli la."

Aira mengangguk. Dia ikut sahaja kemana Akhtar pergi. Akhtar yang duk heret dia kesana sini.

Tak boleh lepaskan genggaman budak kecik ni. Nanti hilang susah pulak. Dahlah pendek.

"Aira nak gula-gula ni boleh tak abang?" Aira menunjukkan ke arah lolipop strawberi yang berada di rak gula-gula. Akhtar mengerutkan dahinya.

"Tak payah lah. Tak berkhasiat la sayang. Tu yang sayang bawak dari rumah Wani tu. Banyak lagi kan?"

Tak boleh jadi! Penuh makanan ringan di rumahnya nanti. Sangat tidak sihat. Akhtar ni seorang yang menjaga pemakanan.

Aira mengangguk sahaja. "Baiklah abangg." Akhtar senyum lalu mengelus kepala Aira. Aira mengekori Akhtar dari belakang tapi dia tidak perasan Aira diam-diam letak gula-gula tadi di dalam troli.

Terkekeh Aira ketawa apabila Akhtar tidak perasan hal itu.

"Abang nampak sayang." Gulp. Terhenti kekehan Aira. Memuncung sekejap. "Yelaa. Aira letak balik.." Malas sahaja gayanya. Akhtar terus menarik tangan kecil yang ingin mengambil gula-gula dalam troli itu.

"Takpe. Sayang dah ambik. Tak elok la letak balik dekat rak lepas kita dah ambik.." Aira tersenyum. Yea! Dapat gula-gula!

Akhtar menyeluk tangan ke dalam poketnya apabila terdengar ringtone telefonnya. Ternaik kening Akhtar. Raqif call? Buat ape?

"Ermm baby. Duk kat sini jap boleh? Abang nak jawab call jap." Aira tersengih sambil mengenyit mata. "Okay!"

Akhtar mengecilkan matanya. "Jangan ambik benda lain eaa. Kalau tak abang geget sayang nnti." Aira memuncung. "Yelaa abang sayangg."
Akhtar tersenyum lalu mengelus kepala Aira. "Good"

Aira terpusing-pusing kepalanya. Gayanya seperti anak kecil sahaja. Tak boleh bergerak. Nanti encik suami marah. So kepala jelah yang boleh bergerak.

"Aira!" Terkalih sesaat wajah Aira kearah bertentangannya. Tersenyum lebar Aira apabila melihat wajah yang dikenalinya.

"Mak Mida!" Namun senyumannya terus mati apabila ternampak mamanya yang turut berada dibelakang Mak Mida. Puan Ariana senyum kelat. Agak terasa dengan reaksi anaknya..

Mak Mida terus memeluk Aira. Aira membalas pelukan tersebut. "Lamanya tak nampak. Kenapa Aira tak datang jenguk kami?" Aira terdiam. Tidak tahu ingin menjawab pertanyaan itu. "Err Aira err"

"Sebab mama dengan papa ke?" Tanya Puan Ariana.
Terus Aira memandang mamanya. Aira buat tak layan. Dia lebih melayani percakapan Mak Mida berbanding mamanya. Riak Puan Ariana sayu. Anaknya.. masih marah akan dia.

"Sorry sayang abang jawab call lam.. eh mama ada kat sini.." Akhtar tersenyum manis kearah ibu mertuanya lalu menyalaminya. Puan Ariana tersenyum. Nasib baik menantunya boleh menerimanya.

Akhtar memandang Aira. Cemberut sahaja wajah Aira. Fahamlah dia bahawa Aira masih memarahi ibunya. Akhtar merangkul bahu Aira dan menggosok lengannya Aira sebagai tanda memujuk.

"Akhtar kan?" Akhtar terus berpaling ke arah Mak Mida. Akhtar senyum manis. "Ye saya.."

"Mak mida baru teringat! Haritu bukan main bahagia Aira tau bila dia dapat kawan baru. Katanya jumpa di tasik. Kawan lelaki. Kamu la tu kan? Bukan main gembira dia sampai terlompat-lompat. Tak habis-habis senyum malam tu. Angau punya pa-- aduh duh Aira. Kena cubit Mak Mida ni?"

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now